Baru-baru ini pengarah kontroversi, iaitu Isma ada memuatnaik beberapa buah foto dirinya yang memakai baju kurung di Instagram.
Sebagai seorang yang berjantina lelaki, sudah pasti foto dirinya berpakaian wanita mendapat perhatian ramai.
Salah seorang netizen telah meninggalkan komen menyatakan bahawa lelaki haram memakai baju perempuan dan menyerupai perempuan.
Komen itu telah mendapat perhatian Isma dan dia telah membalas dengan menulis ‘ saya tak macam perempuan sayang, terang-terang saya adalah pondan’.
Isma sebelum ini pernah membuat kenyataan terbuka di media sosialnya bahawa dia tidak lagi mahu berpura-pura dan mengakui bahawa dia adalah golongan transgender.
Sumber : Instagram