Sunday, September 26, 2021

Zulin Aziz Dituduh Perli Siti Nordiana?

Penyanyi, Zulin Aziz meluahkan rasa kecewa kerana statement-nya disalah ertikan. Menerusi posting tersebut, Zulin menjelaskan ada pihak yang cuba memfitnah dirinya. Seakan-akan ada pihak...
More

    Terkini

    Ini Sebab Kenapa Siti Nurhaliza Tak Kongsi Beliau Sudah Divaksin

    Penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza mendedahkan yang beliau telah menerima suntikan vaksin menerusi Program Imuniasasi COVID-19 Kebangsaan.

    Menurut penyanyi lagu Anta Permana itu, beliau tidak melakukan sebarang perkongsian di akaun media sosial kerana mahu menjaga sensitiviti ramai berkenaan dengan perkara tersebut.

    “Saya dah vaksin, saja je saya tak letak sebab kadang-kadang kalau kita letak orang cakap, tak letak pun orang cakap kan. Jadi biar sajalah kita tahu dan kita sendiri tahu.

    “Mana yang tahu tu, tahu je lah. Kalau nak juga gambar nanti saya postlah,” katanya ketika bersiaran langsung di Instagram baru-baru ini.

    Menurut Siti lagi, dia akan berkongsi mengenai perkara berkenan di media sosial jika dirasakan perlu.

    “Saya rasa terlalu ramai orang sensitif, ada benda tak perlu. Kalau saya nak letak, saya letak,” kongsinya.

    Dalam masa yang sama, beliau turut merayu orang ramai agar mendapatkan suntikan vaksin untuk diri sendiri dan juga orang tersayang bagi mencegah penularan wabak COVID-19.

    “Semua jaga diri jaga kesihatan, jangan keluar kalau tak perlu ke mana-mana. Jangan lupa ambil vaksin tau,” tuturnya.

    Dalam perkembangan lain, Siti bakal memaklumkan tarikh persembahan maya seperti mana yang diminta oleh peminat dalam sesi siaran langsung berkenaan.

    Latest Posts

    Gosip

    Zarina Anjoulie Dan Zoey Rahman Bercinta?

    Sejak kebelakangan ini, selebriti kontroversi, Zarina Anjoulie dilihat agak akrab dengan pelakon dan usahawan berwajah jambu iaitu Zoey Rahman. Mereka berdua dilihat sering berbual bersama...

    Positif Ganja, Bekas Ratu Cantik Tumbuk Polis?

    Bekas ratu cantik negara ditahan oleh pihak berkuasa selepas menumbuk anggota polis dan merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan hari ini. Memetik laporan...

    Selebriti Wanita Popular Ditahan Polis, Sangkut Ujian Air Kencing?

    Selebriti media sosial yang dulunya seorang pelakon ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai, Negeri...

    Suhaimi Saad Letak Jawatan Sebagai Penyanyi Nasyid

    Selebriti kontroversi, Suhaimi Saad yang merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, In team hari ini mengumumkan meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid. Suhaimi telah membuat pengumuman itu...

    Sufie Nak Jual Audi Miliknya Kerana Terlalu Susah Jaga?

    Bagi yang mengikuti penyanyi kelahiran Singapura, Sufie Rashid, 30, di Instagram, pasti menyedari tentang pengumuman untuk menjual kereta jenis Audi S5 yang baru tiga...