Syarikat pengurusan kumpulan BTS, HYBE (yang dahulunya dikenali sebagai Big Hit Entertainment) telah membeli saham Ithaca, iaitu syarikat rakaman milik Scooter Braun dengan nilai sekitar AS$1 bilion (RM4.1).
Ketua Eksekutif dan Pengerusi HYBE, Bang Si-Hyuk melahirkan rasa teruja dan menjelaskan bahawa, kerjasama tersebut tidak pernah difikirkan akan berlaku.
Katanya, kedua-dua syarikat itu berupaya untuk mencetuskan sinergi dan melangkaui sempadan dan merapatkan jurang budaya.
Tambah beliau, kerjasama yang baru sahaja dimeterai tersebut bakal menawarkan kemungkinan yang tanpa kesudahan dan mencipta paradigma baharu dalam industri muzik.
Antara artis yang bernaung di bawah syarikat rakaman Scooter Braun termasuklah Justin Bieber, Ariana Grande dan Demi Lovato. Sementara itu, selain BTS, kumpulan TXT turut bernaung di bawah HYBE.
Adakah kita bakal menyaksikan kolaborasi antara artis-artis HYBE-Ithaca? Sama-sama kita nantikan!
Sumber: The Guardian, Bloomberg, Youtube Armynator