Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan akan membuat satu pengumuman penting mengenai statusnya sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional pimpinannya pada Isnin ini.
Muhyiddin dijangka akan melakukan pertemuan dengan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang serta pegawai kanan kerajaan pada Isnin pagi.
Pengumuman mendebarkan itu hanya akan dilakukan selepas beliau selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara dijangka pada waktu tengahari.
Terdahulu, Muhyiddin kehilangan majoriti sokongan apabila terdapat pihak dalam kerajaan dan pembangkang menolak beliau meneruskan tugas sebagai Perdana Menteri. Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada lagi mana-mana Ahli Parlimen lain mendapat sokongan majoriti untuk mengambil alih tugas Muhyiddin.