Another day, another record! Anggota kumpulan BTS, Jeon Jung Kook atau lebih mesra dengan panggilan Jungkook mencipta rekod baharu apabila tanda pagar atau hashtag yang mengunakan namanya, #Jungkook telah disaksikan sekitar 50.4 bilion kali di platform TikTok!
Sunguhpun hashtag berkenaan disaksikan sebanyak itu, namun, Jungkook, 23, masih tidak mempunyai akaun rasmi di TikTok.
Jumlah tontonan yang dikira adalah berdasarkan video-video yang dimuat naik oleh peminatnya.
Pada Januari lalu, hashtag Jungkook meraih sekitar 30 bilion jumlah tontonan dan enam bulan kemudian, Jungkook meraih 20 bilion tontonan lagi, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 50 bilion.
Populariti Jungkook meroket di TikTok sepanjang tahun lalu dengan jumlah tontonan sebanyak 15.6 bilion pada Ogos 2020.
Sementara itu, video dengan hashtag Jimin yang juga merupakan anggota kumpulan menerima 44.6 bilion jumlah tontonan.
Sumber: Metro UK
Artikel berkaitan: