Penyanyi wanita popular Halsey tampil bersuara bagi mempertahankan kumpulan BTS dari Korea Selatan selepas seorang penyampai radio di Amerika Syarikat membuat jenaka berbaut perkauman dan xenofobia tentang BTS.
Halsey telah meluahkan perasaan kesalnya terhadap penyampai radio, Matthias Matuschik yang membandingkan kumpulan BTS dengan virus Corona selepas kumpulan itu membuat persembahan lagu ‘cover’ ‘Fix You’ dari kumpulan Coldplay.
Tulis Halsey di Instagram Story, kenyataan dari Matthias itu sangat menjijikkan dan tidak bertanggungjawab di saat isu perkauman terhadap komuniti Asia di Amerika semakin memuncak.
Halsey juga berharap penyampai radio berkenaan akan membuat permohonan maaf kepada kumpulan BTS serta komuniti Asia di seluruh dunia.
Sebagai seorang artis yang pernah menjalin kerjasama dalam lagu Boy With Luv, sudah tentu Halsey turut rasa terpukul dengan insiden seperti ini.