Sunday, September 26, 2021

Zulin Aziz Dituduh Perli Siti Nordiana?

Penyanyi, Zulin Aziz meluahkan rasa kecewa kerana statement-nya disalah ertikan. Menerusi posting tersebut, Zulin menjelaskan ada pihak yang cuba memfitnah dirinya. Seakan-akan ada pihak...
More

    Terkini

    Fizo Omar Nasihat Jangan Memilih Vaksin

    Pelakon dan pengacara, Fizo Omar berharap agar rakyat Malaysia tidak membandingkan jenis vaksin yang diterima.

    Menerusi hantaran di Instagram, Fizo berkata, sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk bertelingkah atau berdebat memandangkan negara masih lagi berada pada tahap kritikal.

    “Kalau abang Joe kan ambil jelah vaksin mana-mana pun sekarang. Ini bukan masanya nak memilih vaksin mana korang suka yang mana korang nak.

    “Keadaan Malaysia makin teruk dengan kes harian cecah lima angka. Masya-Allah gawat weh. Berdiri bulu roma ni ha tunggu update KKM hari-hari,” tulisnya di ruangan kapsyen.

    Dalam pada itu, Fizo juga memberikan penerangan tentang beberapa maklumat mengenai vaksin Sinovac.

    “Abang Joe semak sendiri dengan Pharmaniaga. Mereka ni satu-satunya pembekal vaksin Sinovac sebanyak 12.4 juta dos kepada kerajaan dan sepatutnya dalam tempoh tujuh bulan (Mei hingga November 2021).

    “Disebabkan lonjakan kes dan keupayaan fill and finish di kilang, pihak mereka telah mengambil langkah lebih proaktif dengan mempercepatkan pengeluaran dan pembekalan kepada kerajaan.

    “Tak ada kena mengena dengan soal keberkesanannya. Syabas dan tahniah untuk Pharmaniaga dengan usaha ini dapat membantu kerajaan dan orang ramai melengkapkan kedua doa dengan cepat,” jelasnya menerusi video yang dimuat naik.

    Sebelum ini, timbul spekulasi terhadap keberkesanan vaksin jenis Sinovac selepas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba melaporkan Malaysia akan menghentikan penggunaan Sinovac selepas bekalannya habis kerana mempunyai jumlah vaksin lain yang mencukupi untuk Program Imunisasi COVID-19 (PICK).

    Sumber: Instagram Fizo Omar

    Latest Posts

    Gosip

    Zarina Anjoulie Dan Zoey Rahman Bercinta?

    Sejak kebelakangan ini, selebriti kontroversi, Zarina Anjoulie dilihat agak akrab dengan pelakon dan usahawan berwajah jambu iaitu Zoey Rahman. Mereka berdua dilihat sering berbual bersama...

    Positif Ganja, Bekas Ratu Cantik Tumbuk Polis?

    Bekas ratu cantik negara ditahan oleh pihak berkuasa selepas menumbuk anggota polis dan merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan hari ini. Memetik laporan...

    Selebriti Wanita Popular Ditahan Polis, Sangkut Ujian Air Kencing?

    Selebriti media sosial yang dulunya seorang pelakon ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai, Negeri...

    Suhaimi Saad Letak Jawatan Sebagai Penyanyi Nasyid

    Selebriti kontroversi, Suhaimi Saad yang merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, In team hari ini mengumumkan meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid. Suhaimi telah membuat pengumuman itu...

    Sufie Nak Jual Audi Miliknya Kerana Terlalu Susah Jaga?

    Bagi yang mengikuti penyanyi kelahiran Singapura, Sufie Rashid, 30, di Instagram, pasti menyedari tentang pengumuman untuk menjual kereta jenis Audi S5 yang baru tiga...