Monday, June 5, 2023

Zulin Aziz Dituduh Perli Siti Nordiana?

Penyanyi, Zulin Aziz meluahkan rasa kecewa kerana statement-nya disalah ertikan. Menerusi posting tersebut, Zulin menjelaskan ada pihak yang cuba memfitnah dirinya. Seakan-akan ada pihak...
More

    Terkini

    Filem Antaramasa Bakal Membawa Penonton Merentas Masa Demi Cinta

    Genre filem sains fiksyen yang berkonsepkan time travel atau pengembaraan masa sudah kerap dihasilkan terutama sekali daripada pembikin filem di Hollywood.

    Malah, dunia perfileman tempatan juga pernah muncul dengan sebuah filem pengembaraan masa iaitu XX-Ray 2 yang mendapat sambutan penonton.

    Kisah cinta menjadi subjek utama dalam Antaramasa.

    Terbaharu, sebuah filem yang menggunakan konsep sama berjudul Antaramasa bakal menemui penonon tidak lama lagi. Filem ini diterbitkan oleh Umair Mohamed dan Amir Rashid Othman di bawah syarikat Lux Ambiance Media Production.

    Penerbitnya, Umair Mohamed berkata, idea untuk menghasilkan filem berkenaan timbul berikutan minatnya yang cukup mendalam kepada genre sains fiksyen. 

    Pada asalnya, filem ini diberi judul Paradox.

    “Saya dan pengarah filem ini memang sejak dahulu amat meminati filem-filem sains fiksyen seperti Oblivion, The Butterfly Effect dan XX-Ray.

    “Jadi, semasa kami sedang mengeluarkan idea untuk memilih jenis filem yang kami ingin buat, Antaramasa menjadi pilihan pertama. Ketika itu judul asalnya adalah Paradox,” jelasnya.

    Umair berkata, konsep penggembaraan masa ini begitu diminati disebabkan sistem garis masa di dunia dan sistem garis masa di ruang angkasa amat berbeza. 

    “Banyak sub-concept yang telah difikirkan seperti jika watak pertama kembali ke masa sebelum, adakah hanya pemikirannya ataupun secara fizikalnya?” ujarnya.

    Kaedah CGI banyak digunakan dalam filem ini.

    Diarahkan oleh Ramdan Che Hassan, Antaramasa menampilkan barisan pelakon seperti Josiah Hogan, Kaka Azraff, Adam Shahz, Riezman Khuzaimi, Indi Nadarajah, Tania Hudson serta penampilan istimewa iaitu Aziz M. Osman dan Aleeza Kasim.

    Menceritakan lebih lanjut mengenai Antaramasa, Umair memberitahu ia lebih menjurus kepada kisah sains fiksyen dengan menerapkan elemen cinta menerusi jalan ceritanya.

    “Bagi saya, elemen cinta sememangnya menjadi satu tarikan utama untuk penonton sekiranya ia digarap dengan begitu baik.

    Riezman Khuzaimi antara yang menjayakan Antaramasa.

    “Lagipun jalan cerita filem ini mudah untuk difahami, iaitu mengenai pemuda bernama Asri yang menggunakan mesin masa yang dicipta dan kembali ke masa lalu supaya dapat memulihkan hubungan dengan kekasihnya,” ujarnya.

    Tambah Umair, sebagai sebuah filem sains fiksyen, sebanyak 45 peratus babak dalam Antaramasa menggunakan teknik imej janaan komputer (CGI) serta menggunakan bajet yang besar dari segi penataan seni kerana melibatkan pembinaan set.

    “Kami berharap filem ini dapat meningkatkan lagi minat terhadap penerbitan filem sains fiksyen dan juga memperluaskan lagi penggunaan CGI/VFX dalam filem-filem di negara ini. 

    Produksi Antaramasa dijayakan oleh bintang-bintang ternama.

    “Lagipun di Malaysia sebenarnya terdapat ramai tenaga kerja dalam bidang CGI yang amat berbakat dan kami juga adalah peminat filem sains fiksyen,” ujarnya. 

    Menurut Umair lagi, Lux Ambiance juga sedang merancang program bersama Ikhlasdotcom untuk menyalurkan sebahagian daripada keuntungan filem Antaramasa bagi membantu mereka yang amat memerlukan dan terjejas dengan keadaan MCO sekarang. 

    Sementara itu, Ramdan selaku pengarah pula menyatakan idea pembikinan filem ini timbul pada tahun 2014 dia mengambil masa selama tiga bulan untuk menyiapkan skrip.

    Jelasnya, pembikinan filem berkenaan agak mencabar daripada peringkat awal, termasuk bermula sejak penghasilan skrip lagi.

    Tania Hudson yang memegang watak Zahra.

    “Tidak dinafikan filem ini sangat mencabar, baik dari segi skrip, ketika penggambaran sehinggalah pasca produksi.

    “Misalnya, saya perlu mengkaji banyak teori fizik kuantum dan theoretical serta merujuk banyak sumber-sumber berkaitan teori pengembaraan masa untuk mencari teori yang paling sesuai untuk dijadikan landasan dan peraturan dalam filem ini,” ujarnya.

    Watak utama, Josiah Hogan yang memegang watak Asri, pencipta mesin masa.

    Ujarnya, kekangan bajet untuk menghasilkan sebuah filem sains fiksyen serta keadaan cuaca yang tidak menentu juga merupakan satu cabaran buat produksi.

    “Boleh dikatakan pelbagai perkara yang terpaksa dilalui, termasuk kekangan masa dan bajet untuk menyiapkan filem ini. 

    “Malah, sepanjang penggambaran cuaca sering tidak mengizinkan apabila hujan lebat turun hampir setiap hari di semua lokasi. Sehinggakan kami terpaksa merakam satu babak benar-benar di dalam hujan,” ujarnya.

    Jelasnya, penggambaran berlangsung selama 24 hari di beberapa buah lokasi seperti sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Nilai pada tahun 2014.

    Sementara itu, mengenai penampilan istimewa Aziz M Osman dan Aleeza Kasim pula, Ramdan memberitahu Antaramasa tidak berkaitan dengan filem XX-Ray 2.

    Aziz M. Osman dan Aleeza Kasim turut dijemput untuk menjayakan Antaramasa.

    “Sebenarnya kami cuba membina filem ini dalam semesta yang sama dengan filem XX-Ray 2. Setelah mendapat persetujuan dari Aziz M Osman, kami menjejaki pelakon Aleeza Kassim yang ketika itu masih menetap di Belanda. 

    “Setelah dapat menghubunginya, dia berminat dan bersetuju untuk terlibat dan dia sanggup pulang ke Malaysia semata-mata untuk berlakon dalam filem ini,” ujarnya.

    Filem Antarama akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 1 Julai 2021 dan untuk melanggan sila ke saluran 480 atau boleh juga boleh distrim di Astro Go atau On Demand.

    Latest Posts

    Gosip

    Zarina Anjoulie Dan Zoey Rahman Bercinta?

    Sejak kebelakangan ini, selebriti kontroversi, Zarina Anjoulie dilihat agak akrab dengan pelakon dan usahawan berwajah jambu iaitu Zoey Rahman. Mereka berdua dilihat sering berbual bersama...

    Positif Ganja, Bekas Ratu Cantik Tumbuk Polis?

    Bekas ratu cantik negara ditahan oleh pihak berkuasa selepas menumbuk anggota polis dan merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan hari ini. Memetik laporan...

    Selebriti Wanita Popular Ditahan Polis, Sangkut Ujian Air Kencing?

    Selebriti media sosial yang dulunya seorang pelakon ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai, Negeri...

    Suhaimi Saad Letak Jawatan Sebagai Penyanyi Nasyid

    Selebriti kontroversi, Suhaimi Saad yang merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, In team hari ini mengumumkan meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid. Suhaimi telah membuat pengumuman itu...

    Sufie Nak Jual Audi Miliknya Kerana Terlalu Susah Jaga?

    Bagi yang mengikuti penyanyi kelahiran Singapura, Sufie Rashid, 30, di Instagram, pasti menyedari tentang pengumuman untuk menjual kereta jenis Audi S5 yang baru tiga...