Sunday, September 26, 2021

Zulin Aziz Dituduh Perli Siti Nordiana?

Penyanyi, Zulin Aziz meluahkan rasa kecewa kerana statement-nya disalah ertikan. Menerusi posting tersebut, Zulin menjelaskan ada pihak yang cuba memfitnah dirinya. Seakan-akan ada pihak...
More

    Terkini

    Fattah Amin Mahu Hamba Jadi Penawar Tatkala Pandemik

    Kembali dengan single baharu berjudul Hamba, pelakon dan penyanyi Fattah Amin menjadikan untaian indah ciptaan Hafiz Hamidun dan Mel Ramlan itu sebagai ubat yang boleh menjadi penawar segala rasa sedih dan kecewa yang dialami terutama akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara ketika ini.

    Tidak dinafikan, wabak COVID-19 yang menular ketika ini bukan sahaja mampu melumpuhkan ekonomi tetapi turut menjejaskan emosi hingga ada yang mengambil jalan singkat dengan menamatkan riwayat hidup.

    Justeru, kata Fattah, sebagai hamba-Nya, adalah menjadi tugas kita untuk terus berdoa dan bersujud kepada Allah supaya segala kesukaran yang dihadapi akan segera berakhir.

    “Lagu ini sebenarnya termasuk dalam tiga projek khas yang saya jalankan bersama komposer Hafiz Hamidun. Projek pertama adalah lagu Kiriman Agung dan diikuti pula dengan Sinar Selawat.

    “Seperti yang diketahui, dua lagu itu ada kaitan dengan kelahiran cahaya mata saya, Nur Fatima Aisya. Bagaimanapun untuk lagu Hamba ini, ia tiada kaitan dengan anak saya.

    “Sebaliknya ia berkisar tentang penyerahan jiwa seorang hamba kepada Tuhannya. Walaupun berdepan dengan pelbagai ujian dan rintangan, kita jangan mudah putus asa.

    “Sebagai hamba kita hanya mampu untuk berdoa dan Allah yang akan makbulkan permintaan kita itu. Insya-Allah akan ada jalan keluar untuk semua ini,” katanya.

    Hamba sudah boleh distrim di semua pelantar penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, JOOX, KKBOX, Deezer dan YouTube Music mulai 23 Julai 2021. Manakala, lirik videonya pula boleh ditonton di saluran YouTube pada hari yang sama jam 9 malam.

    Latest Posts

    Gosip

    Zarina Anjoulie Dan Zoey Rahman Bercinta?

    Sejak kebelakangan ini, selebriti kontroversi, Zarina Anjoulie dilihat agak akrab dengan pelakon dan usahawan berwajah jambu iaitu Zoey Rahman. Mereka berdua dilihat sering berbual bersama...

    Positif Ganja, Bekas Ratu Cantik Tumbuk Polis?

    Bekas ratu cantik negara ditahan oleh pihak berkuasa selepas menumbuk anggota polis dan merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan hari ini. Memetik laporan...

    Selebriti Wanita Popular Ditahan Polis, Sangkut Ujian Air Kencing?

    Selebriti media sosial yang dulunya seorang pelakon ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai, Negeri...

    Suhaimi Saad Letak Jawatan Sebagai Penyanyi Nasyid

    Selebriti kontroversi, Suhaimi Saad yang merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, In team hari ini mengumumkan meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid. Suhaimi telah membuat pengumuman itu...

    Sufie Nak Jual Audi Miliknya Kerana Terlalu Susah Jaga?

    Bagi yang mengikuti penyanyi kelahiran Singapura, Sufie Rashid, 30, di Instagram, pasti menyedari tentang pengumuman untuk menjual kereta jenis Audi S5 yang baru tiga...