Saturday, September 25, 2021

Zulin Aziz Dituduh Perli Siti Nordiana?

Penyanyi, Zulin Aziz meluahkan rasa kecewa kerana statement-nya disalah ertikan. Menerusi posting tersebut, Zulin menjelaskan ada pihak yang cuba memfitnah dirinya. Seakan-akan ada pihak...
More

    Terkini

    Faizal Tahir Mahu Berehat Panjang Demi Keluarga, Mula Ambil Alih Tugas Isteri

    Penyanyi dan komposer popular, Faizal Tahir baru-baru ini telah mengejutkan peminatnya, apabila mengumumkan akan berehat panjang dari arena seni suara.

    Faizal telah membuat pendedahan berkenaan di akaun media sosialnya sebelum majlis pelancaran album terbarunya yang berjudul Qibla.

    Menurut Faizal, dia mengambil keputusan untuk berehat panjang kerana memikirkan keluarganya.

    Rasanya banyak benda yang sebelum ini saya terlepas pandang, terkurang fokus lagi-lagi melibatkan keluarga.

    Lebih kepada naluri seorang ayah kenapa saya mengambil keputusan untuk berehat ini. Tapi pada masa yang sama saya tidak rasa saya boleh lepaskan muzik begitu sahaja. Kerana muzik itu adalah jiwa saya“, jelasnya.

    Faizal turut akui bahawa dia berasa letih dengan pelbagai kerja yang dilakukannya yang orang luar tidak nampak.

    “Saya mempunyai banyak komitmen. Mungkin orang tak nampak. Orang ingat saya bila masuk pejabat buat lagu sahaja. Tetapi sebenarnya banyak benda berbeza yang saya perlu lakukan”, luahnya ketika ditemui di majlis sidang media album Qibla.

    Ditanya adakah dia berasa ralat kerana kurang meluangkan masa bersama keluarga sejak menjadi penyanyi 17 tahun yang lalu, pelantun lagu Maha Karya Cinta ini mengakui mempunyai rasa itu.

    “Mesti ada rasa ralat. Sekrang saya banyak luangkan masa bersama isteri saya dan saya katakan kepadanya saya masih rasa bersalah kerana tidak banyak luangkan masa bersama anak-anak.

    Anak-anak saya yang masih kecil ini dapatlah luangkan banyak masa dengan saya tetapi yang sudah besar kurang kerana dulu saya sangat sibuk, lupa diri apa semua kan.

    Jadi inilah masanya untuk saya ‘recover’ balik sebelum terlambat. Kita semua pernah menjadi seorang anak dan kita tahu macam mana perasaan bila mak ayah tak banyak luangkan masa dengan kita”, kongsinya.

    Tambah Faizal lagi, saat ini dia cuba untuk mengambil alih tugas isterinya di rumah.

    “Isteri saya pun sebenarnya terkejut bila saya nak buat itu ini. Saya sekarang banyak mengambil masa untuk buat kerja-kerja isteri saya di dapur, siapkan anak-anak waktu pagi, ulang kaji pelajaran dengan mereka. Anak-anak saya semuanya sudah bersekolah. Jadi bila mereka tak ada dirumah saya mula rasa sunyi. Sebab tu bila ada masa saya nak luangkan dengan mereka“, katanya.

    Mengulas lanjut mengenai buah tangan terakhirnya iaitu album Qibla sebelum berehat panjang, Faizal telah memuatkan tiga buah lagu serta 10 klip audio taddabur yang dipilih dan dibaca oleh Faizal sendiri.

    Antara lagu yang dimuatkan adalah, Aku Tanpa Cintamu 2021 (duet bersama kumpulan Mirwana), Syahadah serta lagu raya iaitu Ceria Aidilfitri ( duet bersama Zizi Kirana dan kumpulan Darmas). Kesemua lagu di dalam album ini adalah merupakan kerjasama bersama Universal Music Malaysia yang bertindak sebagai pengedar.

    Album ini dijual dalam bentuk Box Set yang turut mengandungi cenderahati istimewa seperti sampul duit raya, tasbih, kurma dan juga tusung selendang. Qibla hanya boleh didapati secara dalam talian di www.faizaltahir.com

    Latest Posts

    Gosip

    Zarina Anjoulie Dan Zoey Rahman Bercinta?

    Sejak kebelakangan ini, selebriti kontroversi, Zarina Anjoulie dilihat agak akrab dengan pelakon dan usahawan berwajah jambu iaitu Zoey Rahman. Mereka berdua dilihat sering berbual bersama...

    Positif Ganja, Bekas Ratu Cantik Tumbuk Polis?

    Bekas ratu cantik negara ditahan oleh pihak berkuasa selepas menumbuk anggota polis dan merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan hari ini. Memetik laporan...

    Selebriti Wanita Popular Ditahan Polis, Sangkut Ujian Air Kencing?

    Selebriti media sosial yang dulunya seorang pelakon ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai, Negeri...

    Suhaimi Saad Letak Jawatan Sebagai Penyanyi Nasyid

    Selebriti kontroversi, Suhaimi Saad yang merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, In team hari ini mengumumkan meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid. Suhaimi telah membuat pengumuman itu...

    Sufie Nak Jual Audi Miliknya Kerana Terlalu Susah Jaga?

    Bagi yang mengikuti penyanyi kelahiran Singapura, Sufie Rashid, 30, di Instagram, pasti menyedari tentang pengumuman untuk menjual kereta jenis Audi S5 yang baru tiga...