Wednesday, October 20, 2021

Zulin Aziz Dituduh Perli Siti Nordiana?

Penyanyi, Zulin Aziz meluahkan rasa kecewa kerana statement-nya disalah ertikan. Menerusi posting tersebut, Zulin menjelaskan ada pihak yang cuba memfitnah dirinya. Seakan-akan ada pihak...
More

    Terkini

    Faizal Tahir & Mirwana Kembali Bergabung Dalam Aku Tanpa Cintamu 2021

    Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kemunculan penyanyi dan komposer popular, Faizal Tahir di persada seni tanah air adalah bersama kumpulan nasyid Mirwana sekitar tahun 2005.

    Selepas meraih kejayaan menerusi lagu Aku Tanpa Cintamu kolaborasi bersama penyanyi, Jay Jay, Faizal mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dan menyertai pertandingan realiti, One In A Million pada tahun 2006 dimana selepas itu dia berjaya mencipta karier solo dengan cemerlang sehingga ke hari ini.

    Mirwana pula tetap meneruskan perjalanan mereka dan terus bergiat aktif dalam arena nasyid bersama beberapa anggota baharu.

    “Tanpa Mirwana tiadalah Faizal Tahir. Saya cuma ingin mengembalikan nostalgia dan ini adalah satu penghargaan buat mereka.” Kata Faizal Tahir setelah mengejutkan ramai orang apabila beliau kembali berkolaborasi bersama Mirwana menerusi lagu Aku Tanpa CintaMu 2021.


    Setelah 16 tahun, rata-rata netizen berasa amat teruja dan meniggalkan komen yang baik setelah melihat posting Faizal dan Mirwana di laman media sosial mengenai ‘reunion’ ini.

    Saya tahu ramai yang bertanya dan ingin kami berkerjasama semula, saya dan Mirwana sebenarnya sudah berbincang dari beberapa tahun lepas lagi, cuma tunggu masa yang sesuai. Saya rasa ini adalah waktu yang baik untuk mengeluarkan lagu ini.” Jawab Faizal mengenai bagaimana bermulanya projek ini.

    Wakil dari kumpulan Mirwana, Hafiz pula berkata, “Yang lebih penting adalah ukhuwah diantara kami, keluarga dan sahabat diharap akan lebih erat dan baik. Sejak kebelakangan ini, kami dapat melihat pelbagai usaha yang dilakukan oleh penggiat seni untuk mengangkat semula nasyid dan kami tidak mahu ketinggalan. Maka 2021 adalah tahun yang tepat untuk kami susuli dengan sebuah lagu nostalgia yang diberi nafas baru.”

    Apabila ditanya mengenai pengunduran Faizal Tahir pada 16 tahun yang lalu, Hafiz berkata, “Itu adalah satu keputusan yang tepat. Jelas ketika itu, Mirwana mempunyai hala tuju muzik, cara dan matlamat yang sedikit berbeza. Alhamdulillah nampaknya impian dan hasrat Faizal dengan muzik beliau lebih berhasil dan berjaya apabila diteruskan secara solo dan itu sesuatu yang sukar untuk kami capai bersama.”

    Lebih menarik lagi, kesemua ahli baharu kumpulan Mirwana iaitu Naim, Faiz dan Ikram turut sama menjayakan muzik video Aku Tanpa CintaMu 2021 yang mengangkat tema dan isu penderaan kanak-kanak.

    Isu penderaan ini adalah satu gejala dan tragedi yang mesti
    diberi perhatian oleh semua. Mudah-mudahan menjadi asbab hidayah Allah agar menyentuh hati dan jiwa masyarakat
    .” tambah Hafiz.

    Aku Tanpa CintaMu 2021 juga telah dimuatkan dalam koleksi audio ‘Qibla’ yang baru dilancarkan oleh Faizal dan syarikat rakamannya, Faithful Music. Selain itu Faizal turut memuatkan rakaman semula ‘Ceria Aidilfitri’ dan lagu baru berjudul ‘Syahadah’ bersama dengan sepuluh klip audio tadabbur yang dibaca olehnya sendiri.

    Aku Tanpa CintaMu adalah karya sepenuhnya oleh Mujahid Abdul Wahab manakala sususan muzik versi 2021 ini pula telah digubah oleh Adib Hussin dan Faizal Tahir sendiri.


    Lagu ini adalah terbitan Faithful Music dengan kerjasama Universal Music Malaysia sebagai pengedar. Dengarkan Aku Tanpa CintaMu 2021 di semua pelantar muzik digital seperti Spotify, Apple Music dan Joox bermula 9 April 2021 manakala video muzik rasmi pula pada 12 April 2021 di saluran YouTube Faizal Tahir.

    Latest Posts

    Gosip

    Zarina Anjoulie Dan Zoey Rahman Bercinta?

    Sejak kebelakangan ini, selebriti kontroversi, Zarina Anjoulie dilihat agak akrab dengan pelakon dan usahawan berwajah jambu iaitu Zoey Rahman. Mereka berdua dilihat sering berbual bersama...

    Positif Ganja, Bekas Ratu Cantik Tumbuk Polis?

    Bekas ratu cantik negara ditahan oleh pihak berkuasa selepas menumbuk anggota polis dan merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan hari ini. Memetik laporan...

    Selebriti Wanita Popular Ditahan Polis, Sangkut Ujian Air Kencing?

    Selebriti media sosial yang dulunya seorang pelakon ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai, Negeri...

    Suhaimi Saad Letak Jawatan Sebagai Penyanyi Nasyid

    Selebriti kontroversi, Suhaimi Saad yang merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, In team hari ini mengumumkan meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid. Suhaimi telah membuat pengumuman itu...

    Sufie Nak Jual Audi Miliknya Kerana Terlalu Susah Jaga?

    Bagi yang mengikuti penyanyi kelahiran Singapura, Sufie Rashid, 30, di Instagram, pasti menyedari tentang pengumuman untuk menjual kereta jenis Audi S5 yang baru tiga...