Thursday, May 13, 2021

“Akhirnya.. Kan Senang Kalau Dari Awal PKP” – Nabila Huda

Hari ini kerajaan telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di seluruh Malaysia bermula 12 Mei 2021 ini. Perkara ini mendapat pelbagai...
More

    Terkini

    Syarikat Telekomunikasi Beri Panggilan Percuma Kepada Semua Mulai 10 Malam Ini Hingga 10 Pagi Esok

    Syarikat telekomunikasi tempatan akan menyediakan panggilan percuma ke semua rangkaian dalam negara mulai 10 malam ini hingga 10 pagi esok iaitu pada hari pertama...

    Kuih Raya Paling Popular Yang Boleh Didapati Di Setiap Rumah

    Tidak lengkap rasanya sambutan hari raya Aidilfitri jika tidak dihidangkan kuih raya di atas meja. Aneka kuih raya sama ada tradisonal mahupun moden, pasti menjadi...

    Lagu Raya Paling Popular Sepanjang Zaman

    Selamat Hari Raya (Puan Sri Saloma) - Lagu raya paling popular sepanjang zaman. Siapa sahaja yang tidak tahu mengenai lagu ini. Dari kanak-kanak sehinggalah...

    Selebriti Tempatan & Rakyat Malaysia Bersolidariti Menentang Kekejaman Israel

    Hari ini kelihatan di media sosial para selebriti tempatan dan rakyat Malaysia rata-ratanya menunjukkan sokongan terhadap Palestine dan mengutuk serangan Israel. Masing-masing memuatnaik poster...

    Ezad Lazim muncul dengan single hip-hop kerohanian berjudul Cahaya

    Suatu ketika dahulu, nama Ezad Lazim cukup dikenali sebagai vokalis kumpulan Exists. Namun, selepas meninggalkan kumpulan tersebut pada 2007 dan kemudiannya menyertai program nyanyian Gegar Vaganza musim kedua, kerjaya Ezad sebagai penyanyi solo semakin mekar.

    Terbaharu, Ezad muncul dengan single berjudul Cahaya. Bergenre hip-hop kerohanian, lagu tersebut menampilkan kolaborasi bersama dua rapper muda, Bobby D dan Red Rahimad.

    Ezad yang merupakan juara program Muzikal Lawak Superstar berkata, kolaborasi berkenaan merupakan satu kerjasama yang menarik. Ujarnya, dia dapat menimba pengalaman baharu, terutama dengan komposer dan penyanyi rap muda.

    “Mereka yang mempelawa saya untuk terbabit dalam projek ini. Walaupun semunya terjadi dalam tempoh singkat, saya okay sebab lagu ini cukup menarik perhatian saya. Ditambah pula, lagu ini berentak hip-hop yang mana jarang sangat saya rakam lagu sebegini.

    “Sebelum ini pernah dengan Waris. Cuma, lagu ini sedikit berbeza kerana ia berkonsepkan ketuhanan. Jadi, bagi saya tidak salah untuk mencuba sesuatu yang lain pula. Apabila lagu ini dilancarkan pada bulan Ramadan, ia memang kena dengan kisah lagu ini.

    “Kisah macam mana seseorang yang sebelum ini jahat, kemudian mendapat hidayah untuk berubah dan minta pengampunan atas segala dosa. Saya yakin, bagi sesiapa yan mendengar lagu ini akan berasa dekat dan dapat menghayatinya,” katanya.

    Bagi rapper, Bobby D, 24, atau nama sebenarnya Muhammmad Sharif Sharol berkata, kolaborasi bersama Ezad dianggap sesuatu yang istimewa selain menyifatkan ia penghormatan buat diri mereka.

    “Lagu ini ciptaan sepenuhnya Red Rahimad. Pada bahagian saya ada ubah sikit untuk keselesaan saya membawakan lagu ini. Memandangkan saya dan Red Rahimad bernaung dibawah syarikat rakaman sama iaitu COF Music, jadi ia lebih mudah.

    “Menariknya, ini adalah projek pertama kami bekerjasama dengan Ezad. Diakui terkejut dan teruja sebab bekerjasama dengan legenda. Lagu pun berkonsepkan ketuhanan yang tak pernah kami nyanyikan, jadi memang tak sabar nak mendengar hasilnya.

    “Lagu ini sudah ada dalam simpanan Red Rahimad. Dalam kebanyakan koleksi lagu yang ada, lagu ini yang menangkap Ezad dan syarikat rakaman. Malah, lagu ini sesuai untuk dilancarkan pada bulan Ramadan ini. Keunikan lagu ini, ia berinspirasikan lagu Alhamdulillah. Vibes lebih kurang lagu itu. Bahagian chorus pun Ezad nyanyikan dengan cara tersendiri. Dari segi vokal tak boleh dinafikan. Memang bagus, sedap, lunak dan suara yang mendayu-dayu. Jadi sesuai dengan lagu ini,” katanya lagi.

    Latest Posts

    Syarikat Telekomunikasi Beri Panggilan Percuma Kepada Semua Mulai 10 Malam Ini Hingga 10 Pagi Esok

    Syarikat telekomunikasi tempatan akan menyediakan panggilan percuma ke semua rangkaian dalam negara mulai 10 malam ini hingga 10 pagi esok iaitu pada hari pertama...

    Kuih Raya Paling Popular Yang Boleh Didapati Di Setiap Rumah

    Tidak lengkap rasanya sambutan hari raya Aidilfitri jika tidak dihidangkan kuih raya di atas meja. Aneka kuih raya sama ada tradisonal mahupun moden, pasti menjadi...

    Lagu Raya Paling Popular Sepanjang Zaman

    Selamat Hari Raya (Puan Sri Saloma) - Lagu raya paling popular sepanjang zaman. Siapa sahaja yang tidak tahu mengenai lagu ini. Dari kanak-kanak sehinggalah...

    Selebriti Tempatan & Rakyat Malaysia Bersolidariti Menentang Kekejaman Israel

    Hari ini kelihatan di media sosial para selebriti tempatan dan rakyat Malaysia rata-ratanya menunjukkan sokongan terhadap Palestine dan mengutuk serangan Israel. Masing-masing memuatnaik poster...

    Gosip

    Giliran Nora Danish Pula Positif Covid-19, Kuarantin Diri Dalam Bilik

    Selepas aktres Tiz Zaqyah dilaporkan positif Covid-19, kini seorang lagi aktres popular, Nora Danish turut disahkan positif virus itu. Nora membuat pengumuman mengenai statusnya yang...

    Tiz Zaqyah Pula Positif Covid-19

    Seorang lagi selebriti tanah air telah dijangkiti wabak covid-19 iaitu aktres popular, Tiz Zaqyah. Tiz telah berkongsi tentang dirinya yang disahkan positif virus itu di...

    5 Selebriti Yang Pertama Kali Menyambut Hari Ibu

    Tahun ini Hari Ibu di Malaysia jatuh pada 9 Mei 2021. Hari Ibu di negara Kita dan beberapa negara lain di dunia disambut setiap...

    Suami Tasya Kamila Menghidap Kanser Limfoma

    Pelakon dari Indonesia, Tasya Kamila mendedahkan bahawa suaminya Randi Bachtiar kini sedang berjuang melawan penyakit kanser limfoma. Berita duka itu didedahkannya dalam satu hantaran...

    Scha Elinnea Beli Kereta Mercedes Benz Di Usia 21 Tahun

    Pelakon cantik dan seksi, Scha Elinnea berkongsi berita gembira mengenai dirinya yang berjaya membeli sebuah kerana Mercedes Benz di usia 21 tahun. Berita gembira itu...