Sunday, September 26, 2021

Zulin Aziz Dituduh Perli Siti Nordiana?

Penyanyi, Zulin Aziz meluahkan rasa kecewa kerana statement-nya disalah ertikan. Menerusi posting tersebut, Zulin menjelaskan ada pihak yang cuba memfitnah dirinya. Seakan-akan ada pihak...
More

    Terkini

    ENERGI BERBEZA SUNTIK AURA LUAR BIASA DALAM ADUNAN SEMULA ‘ORANG LAIN’

    Baharu saja dilancarkan, lagu Orang Lain nyanyian Ariel Nayaka atau A. Nayaka, SonaOne, dah YHB Sleepsalot meraih sambutan luar biasa di pelbagai platform penstriman muzik dan media sosial termasuk Freestyle Challenge Orang Lain di TikTok yang turut menjadi tular.

    Demi menyemarakkan lagi kuasa lagu itu, kini Orang Lain dilancarkan pula dalam bentuk adunan semula. Istimewanya, Orang Lain Remix ini menggabungkan lebih ramai penyanyi handalan rap dari generasi berbeza. Sekali gus, energi berbeza disalurkan setiap mereka membawa aura lagu ini ke tahap luar biasa.

    Selain tiga penyanyi asalnya, turut menyumbang suara dalam Orang Lain Remix adalah Joe Flizzow, Yonnyboii, Zynakal, SYA, Senna, dan Airliftz. Joe mewakili generasi senior manakala yang lain rata-rata memang pendatang baharu. Justeru, pertembungan karakter serta pembawaan aura tersendiri itu menguatkan lagi lagu ini.

    Berbeza dengan lagu asalnya yang mendapat sentuhan hampir keseluruhannya daripada A. Nayaka, versi adunan semula ini pula disusun sepenuhnya oleh SonaOne. Jelas SonaOne, profil lagu terbabit perlu diangkat ke suatu tahap lebih tinggi dalam arena hip hop. Lantas, dari situlah idea menggabungkan semua penyanyi lain itu tercetus.

     “Kenapa buat ‘remix’ pula? Kerana tidak lain, ini hip hop! Dalam budaya hip hop, kalau sesebuah lagu itu menarik, wajib buat adunan semula. Kalau ikutkan, sewaktu ia baharu

    dilancarkan, ingatkan saya, A. Nayaka, dan YHB Sleepsalot sahaja akui lagu ini ada karisma. Rupanya, ramai pula layan lagu ini.

    “Jadi kami memutuskan untuk buat ‘remix’ sebab ramai sangat orang kongsi Orang Lain TikTok Challenge dengan versi masing-masing. Manakala, idea kami pula mahu gabungkan bait terbaik serta susunan baris lirik yang kami jumpa dalam versi ‘remix’ dihantar mereka untuk dicantumkan sebagai satu lagu,” katanya.

    Paling penting, SonaOne juga mengakui pesona lagu ini sekaligus berubah dengan pembabitan rakan-rakan hip hop lain itu. Cebisan bait lirik masing-masing jelas menghidupkan lagu aura Orang Lain ‘remix’ dan berpadu dengan sempurna. Meskipun proses susunan muzik itu baginya ambil masa, dia puas dengan hasil akhir itu.

    “Disebabkan ramai artis terbabit dalam projek ini, maka cara saya untuk membuat susunan semula itu adalah berdasarkan corak tenaga. Setiap mereka memiliki tenaga berbeza dan pendekatan melodi berlainan. Misalnya Joe Flizzow, gayanya lebih kepada yakin, lancar, dan tona yang berat. Kemudian kita ada SYA yang suka menyanyi dan buat rap pada masa sama.

    “Jadi, saya seimbangkan semua tenaga itu dalam sebuah lagu di mana semua orang ada rangkap sendiri. Saya turut suntik sentuhan peribadi saya sendiri. Maka, bukan saja ada rangkap baharu daripada artis lain tapi komposisi baharu daripada saya sebagai penerbit juga. Saya harap pendengar akan menyukainya sebagaimana seronoknya kami jayakannya,” katanya.

    Joe Flizzow pula mengakui pembabitannya adalah kerana tidak mahu terlepas projek yang cukup menarik ini. Dia sendiri terbuka hati menyertainya disebabkan kekuatan lagu itu sendiri selain dia memang sukakan karya A. Nayaka. A. Nayaka juga adalah artis pertama dari Indonesia yang dia bawa masuk bernaung dengan Def Jam South East Asia.

    “Dari awal dia sertai label itu, walaupun saya tak pernah menekan dia, saya selalu cadangkan supaya Nayaka merakamkan lagu dalam bahasa Indonesia. Ini kerana tiga lagu pertamanya semua dalam bahasa inggeris. Orang Lain jadi lagu pertama dalam bahasa Indonesia, dan bila saya dapat tahu, saya terus nak sertai projek ini.

    “Kekuatan lagu ini bagi saya terletak pada baris asasnya. Baris asasnya begitu mengujakan kerana mengingatkan saya kepada lagu hip hop era 1990-an tapi melodi, bunyi dram, vokal, dan barisan artis yang bekerjasama sangat terkini. Sekarang, ini adalah lagu kegemaran saya, berkali pasang di Spotify, dan sangat gembira terbabit dalam projek ini,” katanya.

    Sebagai individu penting penghasilan versi asalnya, A. Nayaka tidak ragu-ragu memberikan mandat kepada SonaOne untuk membuat susunan muzik bagi Orang Lain ‘remix’. Baginya, percaturan itu paling tepat kerana dia tahu tanggungjawab terbabit akan digalas dengan cemerlang oleh SonaOne.

    “Orang Lain secara dasarnya adalah karya dwibahasa bertaraf antarabangsa yang cukup menggegar. Adunan semula itu jelas membawa lagu ini ke suatu tahap lain. Saya sangat bersyukur dengan kesudian penyanyi rap lain yang turut serta. Juga SonaOne sebagai penerbit, dia berjaya menggubah melodi itu dengan serlahkan individualistik setiap penyanyi,” katanya.

    Bagi YHB Sleepsalot selaku penyanyi asal lagu ini, dia teruja apabila versi baharu itu menjadi titik pertembungan dua generasi berbeza. Sebagai pengkarya muzik, semestinya hal itu sangat membuka matanya dari pelbagai aspek. Justeru, dia menganggap peluang keemasan itu satu pencapaian bermakna.

    “Menjadi artis baharu yang muda, perasaannya cukup menakjubkan apabila dapat peluang melihat sendiri dua generasi muzik berbeza saling melengkapi serta mempengaruhi sesama sendiri. Saya belajar apabila bekerjasama, banyak sangat ruang untuk diteroka dari sudut berbeza sekaligus memberi perspektif berlainan buat muzik saya sendiri,” katanya.

    Demikian juga lima artis baharu SYA, Yonnyboii, Zynakal, Senna, dan Airliftz turut berbesar-hati apabila diberikan peluang menjayakan Orang Lain ‘remix’. Masing-masing memiliki sudut pandang sendiri di mana rata-rata mengakui lagu ini adalah sebuah transisi cemerlang dalam dunia hip hop nusantara.

    “Saya sangat suka lagu ini, terutama auranya dan keinginan untuk menyertai projek ini terjadi secara semula jadi. Lagu ini dihasilkan pada masa yang cukup tepat di mana semua orang perlukan aura positif dengan suntik elemen menghiburkan terutama pada masa perintah berkurung ini. Seronok sangat dapat sertai rakan-rakan dalam Def Jam SEA,” kata SYA.

    “Dari mula memang saya sudah sangat suka lagu ini kerana melodinya berjaya mencangkuk dalam kepala. Saya juga ada terfikir alangkah bagusnya kalau ada bait untuk saya dalam lagu ini dan terus dapat peluang itu. Jujur, saya bangga apabila dipilih menyertai projek ini dan sangat bersyukur,” kata Yonnyboii.

     “Dari perspektif saya, ‘remix’ ini menjadi bukti bahawa kita mempunyai ramai artis yang terbaik di Malaysia dan saya rasa terharu dipilih sebagai satu-satunya artis dari luar Def Jam SEA. Pengalaman saya dalam projek ini rasa sangat pantas kerana masing-masing merakamnya di rumah memandangkan pandemik masih melanda,” kata Senna.

     “Pada perspektif peribadi saya, saya lihat ini seperti satu pertembungan menarik untuk kami semua rap dalam sebuah lagu yang sama. Pembabitan saya bermula dari laman sosial Instagram. Saya lihat A. Nayaka berkongsi single baharunya dan buka duet di TikTok, jadi saya saja-saja buat sekali,” katanya.

    Manakala, Zynakal pula percaya pertembungan ramai artis dalam sebuah lagu itu umpama medan yang cukup menarik. Masing-masing ada ruang untuk bersinar dan menunjukkan aura sendiri.

    Orang Lain ‘remix’ boleh didengari dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih termasuk Apple Music, Spotify, Deezer, JOOX Music, KKBOX bermula 23 Julai 2021.

    Latest Posts

    Gosip

    Zarina Anjoulie Dan Zoey Rahman Bercinta?

    Sejak kebelakangan ini, selebriti kontroversi, Zarina Anjoulie dilihat agak akrab dengan pelakon dan usahawan berwajah jambu iaitu Zoey Rahman. Mereka berdua dilihat sering berbual bersama...

    Positif Ganja, Bekas Ratu Cantik Tumbuk Polis?

    Bekas ratu cantik negara ditahan oleh pihak berkuasa selepas menumbuk anggota polis dan merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan hari ini. Memetik laporan...

    Selebriti Wanita Popular Ditahan Polis, Sangkut Ujian Air Kencing?

    Selebriti media sosial yang dulunya seorang pelakon ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai, Negeri...

    Suhaimi Saad Letak Jawatan Sebagai Penyanyi Nasyid

    Selebriti kontroversi, Suhaimi Saad yang merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, In team hari ini mengumumkan meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid. Suhaimi telah membuat pengumuman itu...

    Sufie Nak Jual Audi Miliknya Kerana Terlalu Susah Jaga?

    Bagi yang mengikuti penyanyi kelahiran Singapura, Sufie Rashid, 30, di Instagram, pasti menyedari tentang pengumuman untuk menjual kereta jenis Audi S5 yang baru tiga...