Dermawan dan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew hari ini telah tampil di ibu pejabat balai polis Dang Wangi untuk membuat laporan petang tadi.
Ustaz Ebit dilihat turut memuatnaik videonya ditemubual oleh pihak media di perkarangan balai polis.
Kata Ustaz Ebit dalam temubual itu, dia membuat laporan polis kerana berasa kecewa dengan firnah yang dilemparkan terhadapnya dan mahu menfikan segala dakwaan yang tidak berasas.
Tambahnya lagi dia akan menjawab segala tuduhan yang dlemparkan kepadanya tidak lama lagi dan menyerahkan perkara ini kepada peguam yang telah dilantiknya.
Sementara itu, penyanyi rap dan selebriti media sosial, Caprice terpaksa membatalkan sesi ‘live’ yang sepatutnya dilakukan pada 10 malam ini.
Tulis Caprice, dia memohon maaf kerana tidak dapat membuat sesi ‘live’ pada malam ini kerana ada orang telah buat laporan polis.
Sebelum ini, Caprice sering mencanang bahawa dia akan mendedahkan kebenaran pada 21 Julai.
Sumber : Instagram