Kumpulan yang sering diramal bakal ke pentas final sekaligus merangkul gelaran Juara Muzikal Lawak Superstar 2 iaitu ABC terkandas di pusingan separuh akhir apabila telah tersingkir bersama kumpulan Zu Zu Zu.
Untuk minggu separuh akhir, setiap kumpulan diberikan dua tugasan. Salah satu tugasan adalah membuat persembahan bersama artis jemputan.
Kumpulan ABC telah menjemput Dato Seri Vida (DSV) iaitu ibu kepada Cik B sebagai artis jemputan mereka minggu ini.
Malangnya kehadiran DSV yang membawakan watak sebagai anaknya sendiri iaitu Cik B telah menghuru harakan persembahan mereka seperti kata juri tetap, Dato’ Awie.
Ditanya adakah DSV menjadi punca kepada penyingkiran kepada kumpulan ABC, Dato’ Awie mengiyakan pertanyaan itu.
“Betul lah tu. Peringkat awal sudah bagus, kita dah gembira tengok Cik B dan yang lain, sekali masuk DSV sampai anak dia sendiri cakap dah tukar skrip ke? Anak dia pun macam rasa kecewa juga.
Kami ini memikirkan lagi dua orang peserta lelaki (Chiwan dan Achok) di atas pentas itu yang memerlukan pentas ini untuk kerjaya mereka. Yang dua orang lagi tu dah kaya. Kau datang hancurkan program mereka ini, kesian kepada yang dua orang itu. Dia buat macam ‘show’ dia sendiri. Maaf la saya rasa kecewa. Kami semua rasa kecewa”, jelas Dato’ Awie.
Kenyataan Dato Awie itu turut dipersetujui oleh dua lagi juri tetap iaitu Zul Ariffin dan Nur Fazura yang turut kecewa dengan persembahan kumpulan ABC.
“Sayang kerana sewaku program ini bermula, persembahan ABC adalah antara yang dinanti-nantikan. Tetapi lama-lama mereka yang hilang tempo itu dan tersasar dari landasan”, ujar Zul.
Berikut adalah peratusan markah setiap peserta mengikut turutan pada persembahan minggu ke 9 semalam ;
Foto : Astro