Penyampai radio Hitz FM Sarawak, DJ Yusuf meletak jawatan berkuat kuasa, semalam.
Ia susulan kontroversi membabitkan Muhammad Yusuf Shukri yang mempersenda bahasa Inggeris seorang guru di aplikasi TikTok.
Perletakan jawatan itu disahkan pihak pengurusan Hitz FM Sarawak menerusi perkongsian di Instagram.
“Hitz FM tetap komited untuk terus memberi maklumat dan hiburan kepada rakyat Malaysia. Berikutan siasatan dalaman kami mengenai kontroversi baru-baru ini yang membabitkan salah seorang penyampai kami, pihak kami sudah menerima perletakan jawatannya berkuatkuasa 22 Februari 2021,” tulisnya
Sumber: Harian Metro