Sunday, September 24, 2023

Zulin Aziz Dituduh Perli Siti Nordiana?

Penyanyi, Zulin Aziz meluahkan rasa kecewa kerana statement-nya disalah ertikan. Menerusi posting tersebut, Zulin menjelaskan ada pihak yang cuba memfitnah dirinya. Seakan-akan ada pihak...
More

    Terkini

    Diberi Notis Singkat 2 Minggu, Awal Ashaari Ralat Tinggalkan Melodi

    Pengacara popular Awal Ashaari meluahkan rasa terkilan serta ralat selepas hanya diberikan notis dua minggu sebelum meninggalkan rancangan Melodi, yang cukup sinonim dengan dirinya.

    Mula mengacarakan Melodi sejak lapan tahun lalu, kata Awal tarikh akhir bersiarannya adalah pada hari Ahad, 25 Julai.

    “Dua minggu yang cukup sugul bagi saya. Ikutkan hati nak berdiam sahaja, tapi memandangkan ramai yang dah bertanya, tak baik pula membiarkan peminat dan rakan media berteka-teki.

    “Semalam 23 Julai merupakan hari terakhir saya bersama program Melodi. Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, kami bersiaran secara virtual dan petang semalam merupakan rakaman saya yang terakhir bersama Janna di rumah kami masing-masing.

    “Pihak stesen mengambil keputusan untuk menggantikan pengacara sedia ada dengan inhouse talent yang bernaung di bawah pengurusan Media Prima bermula Ogos depan,” tulisnya.

    Tambah Awal, notis dua minggu seperti terlalu singkat apatah lagi disaat anak-anak seni berdepan dengan kekangan tidak boleh bekerja.

    “Ralat. Itulah ungkapan yang paling tepat buat masa ini. Ralat sempat tak sempat balik ke set Melodo untuk episod terakhir.

    “Ralat tak dapat jumpa team Melodi yang dah macam keluarga sendiri. Ralat sebab tak sempat sign off program kesayangan saya ini,” tulisn Awal di Instagramnya.

    Beberapa rakan selebriti turut memberikan semangat kepada Awal dan mendoakan rezeki yang lebih baik buatnya. Sementara itu pasangan hosnya, Janna Nick masih belum memuat naik sebarang hantaran dan meninggalkan tanda tanya samada dia masih menjadi hos atau sebaliknya.

    Terdahulu, pelakon Nabila Huda dikhabarkan bakal menggantikan tempat awal bermula minggu depan. Rancangan hiburan ikonik ini pernah membariskan ramai hos hebat antaranya Saiful Apek, Ziana Zain, Raja Azura, Haliza Misbun, Fara Fauzana, Sherry Alhadad dan Zizan Razak.

    ARTIKEL BERKAITAN:

    Latest Posts

    Gosip

    Zarina Anjoulie Dan Zoey Rahman Bercinta?

    Sejak kebelakangan ini, selebriti kontroversi, Zarina Anjoulie dilihat agak akrab dengan pelakon dan usahawan berwajah jambu iaitu Zoey Rahman. Mereka berdua dilihat sering berbual bersama...

    Positif Ganja, Bekas Ratu Cantik Tumbuk Polis?

    Bekas ratu cantik negara ditahan oleh pihak berkuasa selepas menumbuk anggota polis dan merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan hari ini. Memetik laporan...

    Selebriti Wanita Popular Ditahan Polis, Sangkut Ujian Air Kencing?

    Selebriti media sosial yang dulunya seorang pelakon ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai, Negeri...

    Suhaimi Saad Letak Jawatan Sebagai Penyanyi Nasyid

    Selebriti kontroversi, Suhaimi Saad yang merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, In team hari ini mengumumkan meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid. Suhaimi telah membuat pengumuman itu...

    Sufie Nak Jual Audi Miliknya Kerana Terlalu Susah Jaga?

    Bagi yang mengikuti penyanyi kelahiran Singapura, Sufie Rashid, 30, di Instagram, pasti menyedari tentang pengumuman untuk menjual kereta jenis Audi S5 yang baru tiga...