Sunday, September 26, 2021

Zulin Aziz Dituduh Perli Siti Nordiana?

Penyanyi, Zulin Aziz meluahkan rasa kecewa kerana statement-nya disalah ertikan. Menerusi posting tersebut, Zulin menjelaskan ada pihak yang cuba memfitnah dirinya. Seakan-akan ada pihak...
More

    Terkini

    Cukup Derita Itu – Lagu OST Terbaru Dari Siti Nordiana

    Penghasilan lagu runut bunyi sememangnya menuntut penjiwaan yang selari dengan jalan cerita sesebuah drama mahupun filem. Hakikatnya, perjalanan ceritanya perlu cukup jiwa dan rasa untuk melengkapkan keseluruhan moodnaskhah berkenaan.

    Justeru, Siti Nordiana yang tampil dengan lagu baharu berjudul Cukup Derita Itu menyalurkan sepenuh emosi dan rintihan dalam lagu berkenaan.

    Mendapat sentuhan komposer hebat, Tam Spider dan liriknya hasil nukilan Siti Rosmizah, ternyata gabungan mereka cukup kuat untuk memberi kelebihan terhadap lagu ini.

    Lagu ini menjadi runut bunyi drama yang menggunakan judul sama, Cukup Derita itu lakonan bintang ternama Hisyam Hamid, Ruhainies, Chacha Maembong, Jasmin Hamid, Didie Alias, Farhan Asri, Dian P Ramlee, Balkisyh Semundur Khan, dan ramai lagi. Arahan Along Kamaludin dan ceritanya diadaptasi daripada novel Siti Rosmizah sendiri.Drama Cukup Derita Itu akan ditayangkan di Slot Samarinda TV3 pada Mei 2021.

    Meskipun memang sudah diakui kehebatan nyanyian dengan cara tersendiri, Siti Nordiana atau mesra dipanggil Nana tetap berdepan cabaran tersendiri melunaskan lagu itu. Apalagi, diasendiri tahu betapa pentingnya lagu runut bunyi yang menjadi nadi kepada keberkesanan sesuatu drama.

    Lagu runut bunyi perlu ada pendekatan tersendiri dan itulah cabaran yang saya hadapi untuk memastikan Cukup Derita Itu menjadi. Pertama sekali, semestinya saya kaji terlebih dahulu keseluruhan plot cerita drama berkenaan untuk memastikan dapat gambaran tepat.

    Memandangkan drama itu adalah naskhah yang menuntut permainan emosi dan ada babak kesedihan, saya kena tekankan daripada segi itu juga. Justeru, untuk lagu ini, saya cuba salurkan corak penceritaan dengan nada merintih terhadap setiap bait liriknya.

    Paling penting, secara peribadi saya memang sangat berbesar hati dapat menyanyikan karya nukilan Tam. Dia sememangnya komposer yang begitu teliti dan banyak membantu saya mendalami lagu berkenaan dengan emosi tepat,” katanya.

    Sentiasa mengutamakan ketelitian dalam karyanya, Tam pula mengakui lagu Cukup Derita Itu satu tugasan cukup besar. Sebelum beralih kepada proses rakaman, perbincangan mendalam dengan Siti Rosmizah dibuat untuk memastikan aura lagu terbabit mampu setanding jalan cerita drama itu sendiri.

    “Walaupun runut bunyi itu hanya berdurasi beberapa minit, penghasilannya perlu dilakukan dengan begitu teliti. Terutama daripada segi melodinya, kena menepati keseluruhan mood serta perjalanan kisah yang ingin disampaikan dalam drama berkenaan.

    “Saya harus puji bagaimana Siti Rosmizah menerangkan secara mendalam dan terperinci berkenaan aspek penceritaan itu. Sekali gus, ia sangat membantu saya untuk menghasilkan lagu yang boleh meruntuh jiwa ramai sebaik mendengarnya serta menghayati baik liriknya,” katanya.

    CUKUP DERITA ITU kini sudah tersedia di semua pelantar penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, JOOX, KKBOX, Deezer dan YouTube Music.

    Latest Posts

    Gosip

    Zarina Anjoulie Dan Zoey Rahman Bercinta?

    Sejak kebelakangan ini, selebriti kontroversi, Zarina Anjoulie dilihat agak akrab dengan pelakon dan usahawan berwajah jambu iaitu Zoey Rahman. Mereka berdua dilihat sering berbual bersama...

    Positif Ganja, Bekas Ratu Cantik Tumbuk Polis?

    Bekas ratu cantik negara ditahan oleh pihak berkuasa selepas menumbuk anggota polis dan merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan hari ini. Memetik laporan...

    Selebriti Wanita Popular Ditahan Polis, Sangkut Ujian Air Kencing?

    Selebriti media sosial yang dulunya seorang pelakon ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai, Negeri...

    Suhaimi Saad Letak Jawatan Sebagai Penyanyi Nasyid

    Selebriti kontroversi, Suhaimi Saad yang merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, In team hari ini mengumumkan meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid. Suhaimi telah membuat pengumuman itu...

    Sufie Nak Jual Audi Miliknya Kerana Terlalu Susah Jaga?

    Bagi yang mengikuti penyanyi kelahiran Singapura, Sufie Rashid, 30, di Instagram, pasti menyedari tentang pengumuman untuk menjual kereta jenis Audi S5 yang baru tiga...