Thursday, May 13, 2021

“Akhirnya.. Kan Senang Kalau Dari Awal PKP” – Nabila Huda

Hari ini kerajaan telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di seluruh Malaysia bermula 12 Mei 2021 ini. Perkara ini mendapat pelbagai...
More

    Terkini

    Syarikat Telekomunikasi Beri Panggilan Percuma Kepada Semua Mulai 10 Malam Ini Hingga 10 Pagi Esok

    Syarikat telekomunikasi tempatan akan menyediakan panggilan percuma ke semua rangkaian dalam negara mulai 10 malam ini hingga 10 pagi esok iaitu pada hari pertama...

    Kuih Raya Paling Popular Yang Boleh Didapati Di Setiap Rumah

    Tidak lengkap rasanya sambutan hari raya Aidilfitri jika tidak dihidangkan kuih raya di atas meja. Aneka kuih raya sama ada tradisonal mahupun moden, pasti menjadi...

    Lagu Raya Paling Popular Sepanjang Zaman

    Selamat Hari Raya (Puan Sri Saloma) - Lagu raya paling popular sepanjang zaman. Siapa sahaja yang tidak tahu mengenai lagu ini. Dari kanak-kanak sehinggalah...

    Selebriti Tempatan & Rakyat Malaysia Bersolidariti Menentang Kekejaman Israel

    Hari ini kelihatan di media sosial para selebriti tempatan dan rakyat Malaysia rata-ratanya menunjukkan sokongan terhadap Palestine dan mengutuk serangan Israel. Masing-masing memuatnaik poster...

    Cinta Terakhir tiket Aman Nassim tembusi pasaran Indonesia

    Mula bertapak dalam bidang seni pada 2012, nama Aman Nassim mekar sebagai pelakon menerusi puluhan produksi tempatan. Tidak lama selepas itu, Aman atay nama penuhnya, Abdul Rahman Nassim mula mengembangkan sayapnya dalam bidang nyanyian.

    Meluncurkan single pertama pada 2014 dan seterusnya Cinta Pura-Pura dan Tunjukkan Ku Bintang masing-masing pada 2016 dan 2017, kini, Aman kembali mengubati rindu peminat menerusi buah tangan terbaharu berjudul Cinta Terakhir.

    Aman mengakui sudah lama memasang impian untuk memasuki pasaran Indonesia

    Dicipta sepenuhnya oleh komposer terkenal Indonesia iaitu Bemby Noor dan Aman sendiri, lagu terbitan dan edaran syarikat rakaman COF Music tersebut dipilih menjadi antara lagu tema bagi drama Kisah Cinta Rumi yang kini ditayangkan di Slot Lestary, TV3, bermula 24 April lalu.

    Menurut Aman, dia mengakui berasa teruja kerana dapat bekerjasama dengan komposer yang sebelum ini pernah menghasilkan lagu-lagu hits seperti Jodoh Pasti Bertemu nyanyian asal penyanyi terkenal Indonesia, Afgan.

    “Lagu ini sudah siap dirakam pada penghujung 2019 dan perancangannya mahu dilancarkan di Indonesia tahun lalu. Tapi, disebab penularan COVID-19, saya memang tidak boleh ke sana. Jadi, buat permulaan lagu ini akan menghiasi drama sebagai lagu tema.

    “Dalam masa sama, pihak syarikat masih dalam perbincangan dengan syarikat rakaman Rans Entertainment milik selebriti Raffi Ahmad untuk mengedarkan lagu ini di Indonesia. Selain itu, pembikinan klip video lagu ini juga membabitkan produksi dua negara, Malaysia dan Indonesia. Semua pelakon terbabit adalah dari sana dengan gabungan dua produksi.

    “Klip video lagu ini sepatutnya dibuat sebelum Ramadan, tapi tak berjaya sebab pelakon utama iaitu Dimas Ahmad disahkan positif COVID-19, jadi projek tergendala. Insya-Allah, selepas dia sembuh baharulah penggambaran akan diteruskan semula,” katanya.

    Berkongsi mengenai pemilihan Bemby Noor selaku komposer, Aman berkata dia mahukan single kali ini memiliki ciri dan bunyi lagu-lagu dari Indonesia.

    Malah, Aman merancang lagu untuk menjadikan Cinta Terkahir sebagai persediaan awal untuk menembusi pasaran muzik di sana.

    “Kenapa Bemby? Sebab saya memang nak masuk pasaran muzik Indonesia. Jadi, sebab itu saya inginkan lagu ini mempunyai sentuhan lagu Indonesia. Sebab peminat di sana lebih memilih lagu mereka.

    “Lagu ini juga dirakamkan di sana dan menjadi kolaborasi pertama saya dengan Bemby. Macam dikatakan tadi, saya memang perlukan sentuhan komposer Indonesia, sebab asalnya nak pasarkan lagu ini di sana.

    “Walaupun sekarang masih tidak dapat ke sana, tapi masih boleh pasarkan lagu ini di sana menerusi kerjasama syarikat rakaman. Pendek kata, lagu ini adalah langkah awal untuk saya masuk pasaran muzik sana,” katanya lagi.

    Video lirik lagu Cinta Terakhir boleh mula distrim di saluran YouTube COF Music bermula 21 April ini dan video muzik rasmi pula bakal dilancarkan di saluran YouTube COF Music Indonesia selepas Hari Raya Aidilfitri.

    Latest Posts

    Syarikat Telekomunikasi Beri Panggilan Percuma Kepada Semua Mulai 10 Malam Ini Hingga 10 Pagi Esok

    Syarikat telekomunikasi tempatan akan menyediakan panggilan percuma ke semua rangkaian dalam negara mulai 10 malam ini hingga 10 pagi esok iaitu pada hari pertama...

    Kuih Raya Paling Popular Yang Boleh Didapati Di Setiap Rumah

    Tidak lengkap rasanya sambutan hari raya Aidilfitri jika tidak dihidangkan kuih raya di atas meja. Aneka kuih raya sama ada tradisonal mahupun moden, pasti menjadi...

    Lagu Raya Paling Popular Sepanjang Zaman

    Selamat Hari Raya (Puan Sri Saloma) - Lagu raya paling popular sepanjang zaman. Siapa sahaja yang tidak tahu mengenai lagu ini. Dari kanak-kanak sehinggalah...

    Selebriti Tempatan & Rakyat Malaysia Bersolidariti Menentang Kekejaman Israel

    Hari ini kelihatan di media sosial para selebriti tempatan dan rakyat Malaysia rata-ratanya menunjukkan sokongan terhadap Palestine dan mengutuk serangan Israel. Masing-masing memuatnaik poster...

    Gosip

    Giliran Nora Danish Pula Positif Covid-19, Kuarantin Diri Dalam Bilik

    Selepas aktres Tiz Zaqyah dilaporkan positif Covid-19, kini seorang lagi aktres popular, Nora Danish turut disahkan positif virus itu. Nora membuat pengumuman mengenai statusnya yang...

    Tiz Zaqyah Pula Positif Covid-19

    Seorang lagi selebriti tanah air telah dijangkiti wabak covid-19 iaitu aktres popular, Tiz Zaqyah. Tiz telah berkongsi tentang dirinya yang disahkan positif virus itu di...

    5 Selebriti Yang Pertama Kali Menyambut Hari Ibu

    Tahun ini Hari Ibu di Malaysia jatuh pada 9 Mei 2021. Hari Ibu di negara Kita dan beberapa negara lain di dunia disambut setiap...

    Suami Tasya Kamila Menghidap Kanser Limfoma

    Pelakon dari Indonesia, Tasya Kamila mendedahkan bahawa suaminya Randi Bachtiar kini sedang berjuang melawan penyakit kanser limfoma. Berita duka itu didedahkannya dalam satu hantaran...

    Scha Elinnea Beli Kereta Mercedes Benz Di Usia 21 Tahun

    Pelakon cantik dan seksi, Scha Elinnea berkongsi berita gembira mengenai dirinya yang berjaya membeli sebuah kerana Mercedes Benz di usia 21 tahun. Berita gembira itu...