Pelakon terkenal Korea Selatan iaitu Cha Eun Woo dan Shin Sung Rok telah mengucapkan selamat tinggal kepada rancangan popular, Master In The House.
Episod terakhir yang memaparkan mereka berdua sebagai ahli rancangan hiburan itu telah bersiaran pada 20 Jun 2021.
Kedua-dua mereka mengucapkan selamat tinggal kepada rancangan itu kerana mahu memberi fokus kepada kerjaya masing-masing yang sangat padat.
Dalam episod teakhir mereka itu, kedua-dua mereka telah mengimbas kembali momen-momen sewaktu bersama Master In The House dan meluahkan perasaan mereka terhadap satu sama lain.
Kata Shin Sung Rok, dia sangat menyayangi setiap ahli dalam rancangan itu malah telah menjadi rapat ibarat keluarga.
Cha Eun Woo pula berkata dia telah belajar banyak perkara sejak menyertai rancangan itu dan sangat menyayangi mereka semua malah mahu sentiasa berhubung biarpun sudah tidak bersama Master In The House lagi.
Oijom pasti merindui kedua-dua mereka dalam rancangan ini. Apa-apa pun semoga berjaya dalam karier masing-masing.
Sumber : Soompi