Monday, June 21, 2021

Arwah Nenek Dijangkiti COVID-19 Ketika Berada Di Hospital, Elfira Loy Akui Terkilan

Pelakon Elfira Loy berkongsi mengenai kisah di sebalik pemergian neneknya, Siti Rokiyah Saad di Instagram. Menerusi hantaran terkini yang dimuat naik, Elfira berkata, dia berasa...
More

    Terkini

    Konsert Virtual Def Jam SEA X COACH Satukan Fesyen Dan Muzik

    Coach mempersembahkan pengalaman konsert maya bersama Dej Jam SEA, sekaligus merupakan konsert maya pertama yang bakal diadakan di rantau Asia Tenggara. Acara konsert bakal...

    “Jangan Bandingkan I Dengan Lelaki Sampah” – Idris Khan

    Pelakon kacak ,Idris Khan meminta supaya salah seorang pengikutnya di Instagram supaya tidak membandingkannya dengan lelaki sampah. Menerusi ruangan' ask me question' di Insta Story,...

    Yunos Laith Bin Yusry , Nama Anak Ketiga Datin Lisa Surihani

    Umum mengetahui pelakon popular, datin Lisa Surihani telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 15 Jun yang lalu. Hari ini, Datin Lisa telah mengumumkan nama...

    Gaya Rambut Terbaru Arjun Rampal Bikin Ramai Jatuh Cinta

    Baru-baru ini pelakon kacak dari Bollywood iaitu Arjun rampal telah memuatnaik beberapa keping foto gaya rambut terbarunya. Arjun dilihat telah mewarnakan rambutnya daripada warna hitam...

    Ceria Popstar 2021 Suntik Elemen GV & MLM

    Saluran No. 1 Kanak-Kanak di Malaysia, Astro Ceria kembali menghiasi minggu anda dengan membawakan program televisyen realiti bakat nyanyian kegemaran ramai, ‘Ceria Popstar’.

    Pertama kali dilancarkan pada tahun 2013, program yang bakal bersiaran di musim kelima ini kekal menjadi platform utama pilihan bakat-bakat cilik tanah air untuk mempersembahkan kehebatan nyanyian masing-masing seterusnya membantu menggapai cita-cita mereka untuk menjadi sebahagian dari pelapis industri seni di masa akan datang.

    Seramai 10 orang peserta bakal beradu tenaga mempersembahkan kehebatan bakat nyanyian masing-masing seterusnya merebut gelaran terulung, ‘Juara Ceria Popstar 2021’ dan membawa pulang hadiah kemenangan berbentuk wang tunai!

    Menariknya, anak kepada penyanyi hebat, Liza Hanim iaitu Marsya juga merupakan salah seorang peserta bagi musim kali ini.

    Juara musim ini akan membawa pulang wang tunai sejumlah RM20 ribu beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua, ketiga dan keempat pula masing-masing akan memenangi RM15 ribu, RM10 ribu dan RM5 ribu beserta trofi.

    Terdahulu, Astro Ceria menerima lebih dari seribu penyertaan dari pelbagai lapisan latar belakang bakat-bakat cilik berusia di antara 7 hingga 17 tahun yang dihantar secara atas talian dari 23 Mac hingga 3 April dengan menggunakan tanda pagar rasmi #CeriaPopstar2021. Sesi uji bakat tertutup kemudiannya telah diadakan selama dua hari, 10 dan 11 April di sebuah hotel di ibu negara.

    Tambah menarik, ‘Ceria Popstar’ musim ini tampil lebih hebat dan unik apabila menyuntik elemen kolaborasi mega dengan program-program terhebat terbitan Astro seperti ‘Maharaja Lawak Mega’ dan ‘Gegar Vaganza’.

    Menggabungkan genre komedi yang sarat dengan gelak tawa, program ini menjanjikan pengalaman tontonan yang lebih segar dan kompak serta diyakini mampu menawan hati penonton yang sentiasa menginginkan pembaharuan dalam sajian kandungan yang ditawarkan.

    Dihoskan oleh penyampai radio ERA, stesen nombor satu negara, Danial Zaini bersama penyanyi, pelakon dan pengacara serba boleh, Shiha Zikir, ‘Ceria Popstar’ turut membariskan nama-nama hebat sebagai tonggak utama di sebalik produksi besarnya.

    Buat julung kalinya, pengacara, pelakon dan pengarah versatil, Nabil Ahmad tidak lagi mengacarakan program ini, malahan kini beliau berada di posisi Juri Tetap bersama Dato’ AC Mizal, Elly Mazlein dan Ernie Zakri.

    Tugasan Guru Vokal pula dipertanggungjawabkan kepada penyanyi dan ‘award-winning’ komposer, Hael Husaini dan Juara Gegar Vaganza
    (GV) musim kelima, Noryn Aziz.

    Sentuhan GV terus diperlihatkan lagi dalam ‘Ceria Popstar’ apabila dua juara (musim kedua dan musim keenam), Siti Nordiana dan Naqiu diberi
    kepercayaan untuk bertindak sebagai ‘Inspirer’ atau idola inspirasi kepada bakat-bakat yang terpilih.

    Dalam pada itu, penyanyi, MimiFly pula ditugaskan sebagai Guru Koreografer untuk membantu dari aspek gerak tari peserta.

    Jangan lupa untuk saksikan Ceria Popstar 2021 pada setiap hari Rabu mulai 9 Jun ini, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ceria (611) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel. Menariknya lagi, konsert pembuka tirai pada 9 Jun ini juga akan ditayangkan secara serentak di saluran Astro Prima (105).

    Latest Posts

    Konsert Virtual Def Jam SEA X COACH Satukan Fesyen Dan Muzik

    Coach mempersembahkan pengalaman konsert maya bersama Dej Jam SEA, sekaligus merupakan konsert maya pertama yang bakal diadakan di rantau Asia Tenggara. Acara konsert bakal...

    “Jangan Bandingkan I Dengan Lelaki Sampah” – Idris Khan

    Pelakon kacak ,Idris Khan meminta supaya salah seorang pengikutnya di Instagram supaya tidak membandingkannya dengan lelaki sampah. Menerusi ruangan' ask me question' di Insta Story,...

    Cha Eun Woo Dan Shin Sung Rok Ucap Selamat Tinggal Pada Master In The House

    Pelakon terkenal Korea Selatan iaitu Cha Eun Woo dan Shin Sung Rok telah mengucapkan selamat tinggal kepada rancangan popular, Master In The House....

    Israel Bersedia Jalin Hubungan Dengan Malaysia, Indonesia & Brunei

    Umum mengetahui bahawa Malaysia dan Israel tidak pernah menjalin sebarang hubungan diplomatik. Malah Malaysia juga tidak pernah mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara. Kekejaman yang dilakukan...

    Gosip

    Suhaimi Saad Letak Jawatan Sebagai Penyanyi Nasyid

    Selebriti kontroversi, Suhaimi Saad yang merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, In team hari ini mengumumkan meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid. Suhaimi telah membuat pengumuman itu...

    Sufie Nak Jual Audi Miliknya Kerana Terlalu Susah Jaga?

    Bagi yang mengikuti penyanyi kelahiran Singapura, Sufie Rashid, 30, di Instagram, pasti menyedari tentang pengumuman untuk menjual kereta jenis Audi S5 yang baru tiga...

    Dini Hadiahkan Janna Vespa Berharga RM17,000?

    Bertuah betul Janna Nick ya! Ketika meraikan ulang tahun yang ke-26 semalam, Janna menerima kejutan daripada kekasihnya, Dini Schatzmann. Menerusi video yang dimuat naik, Dini...

    Nabila Huda Kasihan Lihat Pelakon Instafamous Dicerca

    Sejak kebelakangan ini, isu pengambilan selebriti media sosial atau Instafamous sebagai pelakon hangat diperkatakan. Baik netizen mahupun penggiat seni, masing-masing punya pendapat mengenai trend...

    Afgan Sambut Hari Jadi Bertemakan Millennium

    Penyanyi terkenal Indonesia, Afgan telah menyambut hari lahirnya dalam satu acara parti bertemakan Millennium tahun 2000. Foto-foto di majlis hari jadi itu telah dikongsikan...