Thursday, May 13, 2021

“Akhirnya.. Kan Senang Kalau Dari Awal PKP” – Nabila Huda

Hari ini kerajaan telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di seluruh Malaysia bermula 12 Mei 2021 ini. Perkara ini mendapat pelbagai...
More

    Terkini

    Syarikat Telekomunikasi Beri Panggilan Percuma Kepada Semua Mulai 10 Malam Ini Hingga 10 Pagi Esok

    Syarikat telekomunikasi tempatan akan menyediakan panggilan percuma ke semua rangkaian dalam negara mulai 10 malam ini hingga 10 pagi esok iaitu pada hari pertama...

    Kuih Raya Paling Popular Yang Boleh Didapati Di Setiap Rumah

    Tidak lengkap rasanya sambutan hari raya Aidilfitri jika tidak dihidangkan kuih raya di atas meja. Aneka kuih raya sama ada tradisonal mahupun moden, pasti menjadi...

    Lagu Raya Paling Popular Sepanjang Zaman

    Selamat Hari Raya (Puan Sri Saloma) - Lagu raya paling popular sepanjang zaman. Siapa sahaja yang tidak tahu mengenai lagu ini. Dari kanak-kanak sehinggalah...

    Selebriti Tempatan & Rakyat Malaysia Bersolidariti Menentang Kekejaman Israel

    Hari ini kelihatan di media sosial para selebriti tempatan dan rakyat Malaysia rata-ratanya menunjukkan sokongan terhadap Palestine dan mengutuk serangan Israel. Masing-masing memuatnaik poster...

    Buat persediaan awal, Eric Fuzi terjun bidang perniagaan makanan

    Sejak kebelakangan ini, ramai antara kita yang dilihat berlumba-lumba mencari rezeki bagi menambah sumber pendapatan. Maklumlah, melihat situasi pandemik COVID-19, ditambah dengan kekangan beberapa sektor untuk meneruskan perniagaan, jutaan penduduk dunia mengalami kesan yang agak teruk.

    Justeru, tidak hairan jika ramai selebriti tempatan yang turut menjengah dunia perniagaan dalam cubaan untuk menampung survival seharian selain masih menyandang predikat sebagai anak seni.

    Bagi pemain keyboard kumpulan Flo0r 88, Eric Fuzi, rasa kesedaran untuk berniaga tercetus dalam dirinya sejak dia masih kecil dan juga ketika kugiran yang dianggotainya masih berada di puncak.

    “Sebagai seorang anak seni, kita tidak boleh jangka rezeki seseorang artis itu. Jika rezeki mereka ada, mereka akan tetap bertahan. Namun, pada pendapat saya, kita sediakan payung sebelum hujan.

    “Kita juga harus beringat bahawa setiap yang kita usahakan adalah atas izin Allah SWT. Selain itu, industri kita juga ada pasang surutnya,” ujar Eric.

    Eric dan dua lagi rakan Floor 88 mengusahakan Medan Selera Masok yang terletak di Kampung Baru

    Kini mengusahakan Medan Selera Masok di Kampung Baru, Kuala Lumpur, Eric berkata, dia sengaja mengajak rakan-rakan Floor 88 turut serta untuk membangunkan bisnes baharunya itu.

    “Sebenarnya medan selera ini saya beli daripada orang lain. Ketika ditawarkan untuk meneruskan perniagaannya, saya turut mengajak rakan-rakan Floor 88 lain.

    “Ketika itu, Achol dan Falique bersetuju untuk turut serta manakala ahli lain mempunyai komitmen masing-masing yang perlu diberi fokus,” katanya lagi.

    Menurut Eric dia memilih rakan artis untuk membuka gerai makanan di medan seleranya kerana inginakn kelainan, selain mudah untuk menarik perhatian pelanggan.

    Medan Selera Masok dijayakan oleh artis-artis seperti Aiman Tino, Ismail Izzani, Nabila Razali, Ara Johari, Uyaina Arshad dan Raja Syahiran.

    Dalam pada itu, Eric berkata, ada beberapa cabaran yang dilalui sepanjang tempoh untuk memulakan operasi medan selera mereka seperti kekangan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

    Namun, ujar Eric, selepas syarat PKP dilonggarkan, medan seleranya menerima kunjungan yang memberansangkan daripada pelanggan.

    “Medan selera kami dibuka secara rasmi pada 16 Mac lalu selepas hampir 3 bulan tidak beroperasi sejak Januari akibat PKP. Alhamdulillah, sambutan sangat memberansangkan,” ujarnya lagi.

    Sepanjang bulan Ramadan, Medan Selera Masok beroperasi bermula pukul 5 petang sehingga 3 pagi.

    Latest Posts

    Syarikat Telekomunikasi Beri Panggilan Percuma Kepada Semua Mulai 10 Malam Ini Hingga 10 Pagi Esok

    Syarikat telekomunikasi tempatan akan menyediakan panggilan percuma ke semua rangkaian dalam negara mulai 10 malam ini hingga 10 pagi esok iaitu pada hari pertama...

    Kuih Raya Paling Popular Yang Boleh Didapati Di Setiap Rumah

    Tidak lengkap rasanya sambutan hari raya Aidilfitri jika tidak dihidangkan kuih raya di atas meja. Aneka kuih raya sama ada tradisonal mahupun moden, pasti menjadi...

    Lagu Raya Paling Popular Sepanjang Zaman

    Selamat Hari Raya (Puan Sri Saloma) - Lagu raya paling popular sepanjang zaman. Siapa sahaja yang tidak tahu mengenai lagu ini. Dari kanak-kanak sehinggalah...

    Selebriti Tempatan & Rakyat Malaysia Bersolidariti Menentang Kekejaman Israel

    Hari ini kelihatan di media sosial para selebriti tempatan dan rakyat Malaysia rata-ratanya menunjukkan sokongan terhadap Palestine dan mengutuk serangan Israel. Masing-masing memuatnaik poster...

    Gosip

    Giliran Nora Danish Pula Positif Covid-19, Kuarantin Diri Dalam Bilik

    Selepas aktres Tiz Zaqyah dilaporkan positif Covid-19, kini seorang lagi aktres popular, Nora Danish turut disahkan positif virus itu. Nora membuat pengumuman mengenai statusnya yang...

    Tiz Zaqyah Pula Positif Covid-19

    Seorang lagi selebriti tanah air telah dijangkiti wabak covid-19 iaitu aktres popular, Tiz Zaqyah. Tiz telah berkongsi tentang dirinya yang disahkan positif virus itu di...

    5 Selebriti Yang Pertama Kali Menyambut Hari Ibu

    Tahun ini Hari Ibu di Malaysia jatuh pada 9 Mei 2021. Hari Ibu di negara Kita dan beberapa negara lain di dunia disambut setiap...

    Suami Tasya Kamila Menghidap Kanser Limfoma

    Pelakon dari Indonesia, Tasya Kamila mendedahkan bahawa suaminya Randi Bachtiar kini sedang berjuang melawan penyakit kanser limfoma. Berita duka itu didedahkannya dalam satu hantaran...

    Scha Elinnea Beli Kereta Mercedes Benz Di Usia 21 Tahun

    Pelakon cantik dan seksi, Scha Elinnea berkongsi berita gembira mengenai dirinya yang berjaya membeli sebuah kerana Mercedes Benz di usia 21 tahun. Berita gembira itu...