Thursday, April 22, 2021

Nash kongsi keadaannya selepas terlibat kemalangan

Penyanyi Datuk Nash atau nama sebenarnya Jamaluddin Elias, 62, berkongsi mengenai keadaannya yang kini beransur pulih selepas terlibat dalam satu kemalangan di KM250.8 Lebuhraya...
More

    Terkini

    Mengalami gangguan bipolar, Janna Nick mengaku pernah cuba bunuh diri

    Menerusi hantaran terkini di Instagram, dramatis popular, Janna Nick mengaku yang dirinya kini menghidap gangguan bipolar. Janna berkata, dia telah didiagnosis secara klinikal dan kini...

    Datuk Awie Bakal Menghiburkan Peminat Dalam Showcase Istimewa Sempena Bulan Ramadan

    Setelah lebih setahun tidak bertemu dengan peminat, penyanyi rock terkemuka tanah air, Datuk Awie tidak sabar untuk mengubati kerinduan mereka menerusi Showcase Datuk Awie...

    Ezad Lazim muncul dengan single hip-hop kerohanian berjudul Cahaya

    Suatu ketika dahulu, nama Ezad Lazim cukup dikenali sebagai vokalis kumpulan Exists. Namun, selepas meninggalkan kumpulan tersebut pada 2007 dan kemudiannya menyertai program nyanyian...

    Bapa Azlan Typewriter Meninggal Dunia Akibat Covid-19, Terkilan Hanya Dapat Melihat Detik Terakhir Menerusi Panggilan Video

    Selepas tiga minggu tenat bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19, bapa kepada penyanyi Azlan Typewriter, Sallehudin Che Ani disahkan meninggal dunia pada petang Khamis. Allahyarham yang...

    Program Borak Kelamin Untuk Tayangan 18 Tahun Ke Atas

    Program ‘Borak Kelamin’ ialah sebuah program bual bicara terbitan Astro Ria dengan kerjasama Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. khusus tentang alam perkahwinan berkaitan isu-isu rumah tangga yang sering dianggap tabu atau sensitif untuk dibincangkan secara terbuka.

    Program ini juga diklasifikasikan untuk tayangan 18 tahun ke atas kerana mengandungi aspek kedewasaan yang tidak keterlaluan dalam setiap topik perbincangan.

    Untuk musim yang pertama kali diterbitkan ini, selebriti popular Awal Ashari dan Elly Mazlein telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan program ‘Borak Kelamin’ selaku hos bersama sepanjang 10 buah episod.

    Tampil dengan pengisian interaktif yang berani dan sensasi, program ‘Borak Kelamin’ bakal mengetengahkan topik-topik diskusi merangkumi kupasan ilmiah yang kompresensif oleh barisan panel pakar perunding jemputan daripada pelbagai bidang pengkhususan berdasarkan tema mingguan seperti pakar motivasi, perunding psikologi, kaunselor perkahwinan, penceramah, dan sebagainya. 

    “Seperti yang kita tahu, hal berkaitan dengan ‘cerita dalam kain’ dalam sesebuah institusi perkahwinan adalah subjek tabu yang kurang dibicarakan secara terbuka terutamanya di kaca televisyen. Topik sebegini juga sering dielakkan untuk menjaga aib dan sensitiviti masyarakat.

    Sehubungan dengan itu, kami dengan berbesar hati membawakan program ‘Borak Kelamin’ sebagai platform utama dalam menyalurkan maklumat yang berkaitan dengan lebih luas menerusi sesi perbincangan yang sihat, harmoni dan positif bersama panel jemputan“, jelas Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal.

    Bagi merancakkan lagi sesi perbincangan pada setiap episod, tetamu jemputan istimewa yang terdiri daripada barisan selebriti popular tanah air turut diundang khas untuk berkongsi pengalaman peribadi sepanjang melayari bahtera perkahwinan bersama pasangan atau bekas pasangan secara terbuka dan profesional.

    Program ‘Borak Kelamin’ akan berdurasi selama 60 minit dan bakal bersiaran secara eksklusif pada setiap hari Isnin, jam 9.00 malam mulai 1 Mac 2021 secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

    Latest Posts

    Mengalami gangguan bipolar, Janna Nick mengaku pernah cuba bunuh diri

    Menerusi hantaran terkini di Instagram, dramatis popular, Janna Nick mengaku yang dirinya kini menghidap gangguan bipolar. Janna berkata, dia telah didiagnosis secara klinikal dan kini...

    Datuk Awie Bakal Menghiburkan Peminat Dalam Showcase Istimewa Sempena Bulan Ramadan

    Setelah lebih setahun tidak bertemu dengan peminat, penyanyi rock terkemuka tanah air, Datuk Awie tidak sabar untuk mengubati kerinduan mereka menerusi Showcase Datuk Awie...

    Ezad Lazim muncul dengan single hip-hop kerohanian berjudul Cahaya

    Suatu ketika dahulu, nama Ezad Lazim cukup dikenali sebagai vokalis kumpulan Exists. Namun, selepas meninggalkan kumpulan tersebut pada 2007 dan kemudiannya menyertai program nyanyian...

    Bapa Azlan Typewriter Meninggal Dunia Akibat Covid-19, Terkilan Hanya Dapat Melihat Detik Terakhir Menerusi Panggilan Video

    Selepas tiga minggu tenat bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19, bapa kepada penyanyi Azlan Typewriter, Sallehudin Che Ani disahkan meninggal dunia pada petang Khamis. Allahyarham yang...

    Gosip

    Sweet Qismina Positif COVID-19

    Pelakon popular, Sweet Qismina telah disahkan positif virus Covid-19 pada 20 April 2021. Berita itu telah dikongsikan Sweet di akaun media sosialnya bersama kenyataan akhbar...

    Azal Dedah Wajah ‘Suspek’ Tidak Patuh SOP Di Majlis Perkahwinan Neelofa, Netizen Terhibur

    Anak kepada pelakon Zarina Zainuddin iaitu Azal telah membikin netizen di Malaysia terhibur dengan hantaran terbarunya di Instagram. Azal telah memuatnaik foto-foto selebriti yang telah...

    ‘Anakanda, Mari Kita Pulang Ke Rumah Jumpa Kakak Aafiyah Ya’ – Siti Nurhaliza

    Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza yang baru sahaja melahirkan anak keduanya Isnin lalu akhirnya boleh pulang dari hospital hari ini. Dato...

    Nash kongsi keadaannya selepas terlibat kemalangan

    Penyanyi Datuk Nash atau nama sebenarnya Jamaluddin Elias, 62, berkongsi mengenai keadaannya yang kini beransur pulih selepas terlibat dalam satu kemalangan di KM250.8 Lebuhraya...

    Bapa Azlan & The Typewriter tenat akibat COVID-19

    Vokalis kumpulan Azlan & The Typewriter, Norazlan Rosle mendedahkan ayah kandungnya, yang dikenali sebagai Sallehuddin kini sedang tenat bertarung virus COVID-19 di Pusat Kuarantin,...