Berita gembira buat peminat kumpulan Blackpink di seluruh dunia apabila mereka bakal muncul di layar perak menerusi filem dokumentari, Blackpink The Movie pada Ogos nanti.
Filem itu akan dilancarkan sempena ulangtahun penubuhan kumpulan itu yang ke lima dan akan ditayangkan di lebih 100 buah negara.
Filem dokumentari ini akan memuatkan temubual bersama ahli-ahli kumpulan Blackpink seperti Jennie, Lisa, Ji Soo dan Rose dimana mereka akan mengimbau kembali perjalanan mereka berempat bersama sejak lima tahun lalu. Selain itu filem ini akan turut menyelitkan beberapa persembahan mereka yang lalu.
Walaubagaimanapun, tarikh sebenar untuk tayangan filem ini di setiap negara belum diumumkan.
Mengimbau kembali perjalanan seni Blackpink, mereka memulakan debut pda 8 Ogos 2016 menerusi lagu Boombayah dan Whistle di bawah label YG Entertaiment. Sejak dari itu mereka berjaya menjadi fenomena dan sensasi global.