Seorang penyampai radio lelaki daripada Hitz Sarawak mencetuskan kemarahan netizen selepas memuat naik video di TikTok mempersenda cara sebutan bahasa Inggeris seorang guru wanita.
DJ yang dikenali sebagai Yusuf Shukri itu membuat satu video respon kerana merasakan sebutan bahasa Inggeris guru itu salah dan lucu. Sakit hati melihat reaksinya ketawa berdekah-dekah.
Netizen meluahkan rasa berang dan sakit hati kerana Yusuf juga sebelum ini belajar ilmu daripada seorang guru juga.
Selepas kejadian itu, Yusuf telah memadam video itu dan sehingga kini masih belum membuat permohonan maaf. Malah laman Facebook Hitz Sarawak juga dibanjiri dengan komen marah daripada netizen.
Apakah tindakan selanjutnya yang akan diambil oleh radio Hitz Sarawak? Sama-sama kita nantikan.