Wednesday, December 8, 2021

Zulin Aziz Dituduh Perli Siti Nordiana?

Penyanyi, Zulin Aziz meluahkan rasa kecewa kerana statement-nya disalah ertikan. Menerusi posting tersebut, Zulin menjelaskan ada pihak yang cuba memfitnah dirinya. Seakan-akan ada pihak...
More

    Terkini

    Bakal muncul dengan telefilem Dolla Watch Me Glow, Dolla tidak kisah dikritik ‘kayu’

    Selepas berjaya mencipta nama di arena muzik, kumpulan Dolla kini terus cemerlang mengembangkan sayap kreatif mereka dalam bidang lakonan. Kumpulan yang dianggotai oleh Tabby, Syasya, Sabronzo dan Angle itu bakal tampil dengan sebuah telefilem berjudul Dolla Watch Me Glow.

    Bercakap mengenai Dolla Watch Me Glow, Sabronzo yang mewakili kumpulan tersebut berkata, telefilem berkenaan diinspirasikan daripada kisah hidup mereka.

    Dolla tidak kisah dikritik memandangkan bidang lakonan merupakan bidang baharu buat mereka.

    “Hampir 70 peratus kisah yang dipaparkan dalam telefilem itu ada kena mengena dengan kami. Cuma 30 peratus ditokok tambah bagi mewarnai telefilem tersebut dan menjadikan jalan cerita Dolla Watch Me Glow menjadi lebih menarik.

    “Bagi kami tiada apa yang perlu dirahsiakan daripada penonton. Jadi apa yang bakal peminat saksikan nanti memang kisah hidup sebenar kami,” katanya.

    Dalam pada itu, Sabronzo menjelaskan yang dia dan anggota Dolla lain tidak kisah jika lakonan mereka menerima kritikan daripada penonton.

    Dolla Watch Me Glow diinspirasikan daripada kisah benar anggota Dolla

    “Dolla juga sudah bersedia dikritik oleh penonton. Kami tidak kisah sekiranya ada yang mengatakan kami ‘kayu’ selepas menonton aksi pertama kami dalam bidang lakonan.

    “Kami dikenali sebagai penyanyi dan penari, bidang lakonan bukan kepakaran kami, jadi adatlah jika penonton merasakan mutu lakonan kami belum memuaskan,” kata Sabronzo.

    Diterbitkan oleh Zeel Production dengan kerjasama Astro dan Universal Music, Dolla Watch Me Glow dijadualkan menemui peminat pada 22 Mei pukul 9 malam menerusi saluran Astro Citra dan Astro Citra HD.

    Latest Posts

    Gosip

    Zarina Anjoulie Dan Zoey Rahman Bercinta?

    Sejak kebelakangan ini, selebriti kontroversi, Zarina Anjoulie dilihat agak akrab dengan pelakon dan usahawan berwajah jambu iaitu Zoey Rahman. Mereka berdua dilihat sering berbual bersama...

    Positif Ganja, Bekas Ratu Cantik Tumbuk Polis?

    Bekas ratu cantik negara ditahan oleh pihak berkuasa selepas menumbuk anggota polis dan merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan hari ini. Memetik laporan...

    Selebriti Wanita Popular Ditahan Polis, Sangkut Ujian Air Kencing?

    Selebriti media sosial yang dulunya seorang pelakon ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai, Negeri...

    Suhaimi Saad Letak Jawatan Sebagai Penyanyi Nasyid

    Selebriti kontroversi, Suhaimi Saad yang merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, In team hari ini mengumumkan meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid. Suhaimi telah membuat pengumuman itu...

    Sufie Nak Jual Audi Miliknya Kerana Terlalu Susah Jaga?

    Bagi yang mengikuti penyanyi kelahiran Singapura, Sufie Rashid, 30, di Instagram, pasti menyedari tentang pengumuman untuk menjual kereta jenis Audi S5 yang baru tiga...