Kes COVID-19 yang kian meningkat membuatkan pihak kerajaan memutuskan untuk melaksanakan lockdown sejak bulan lalu. Sunggupun ia dilihat sebagai langkah untuk mengurangkan jangkitan wabak berkenaan, namun sedikit sebanyak ia turut menjejaskan kesihatan mental rakyat.
Justeru, apa yang perlu kita lakukan untuk kekal waras dalam situasi seperti ini? Jom semak cara-cara yang boleh dilakukan untuk menangani masalah berkaitan kesihatan mental yang sering kita hadapi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan lockdown.
1. Sering membaca berita positif
Saban hari, kita sering membaca banyak berita buruk tentang COVID-19 bukan? Hal tersebut dapat memicu rasa paranoid dan ini bukan satu perkara yang baik. Bukti ini diperkukuhkan daripada Professor of Psychology di University of Sussex, bahawa berita buruk memberikan impak yang cukup tinggi bagi kesihatan mental seperti; rasa cemas, reaksi stress yang berlebihan dan depresi akibat daripada cerita yang dibaca. Bahkan, pola pemikiran juga akan mempengaruhi kesihatan secara fizik. Maka pilih berita yang dapat menenangkan hati dan fikiran. Tetapi ini tidak bermakna anda menjadi denial dengan situasi COVID-19 ya!
2. Bersenam
Sungguhpun ‘terperangkap’ dalam rumah, ia bukan alasan untuk bermalasan selama 24 jam. Berdasarkan kajian yang dilakukan ilmuan di University of South, Australia, dengan melakukan senama selama 150 menit dalam seminggu, ia dapat mengurangkan rasa cemas dan tekanan secara ampuh. Boleh bermula dengan melakukan senama ringan seperti jumping jack, sit up, plank, dan squad.
3. Membaca buku
Pada mereka yang sering menganggap aktiviti membaca buku merupakan kegiatan yang membosankan, cuba ubah pandangan anda. Step Up For Mental Health telah memberikan pernyataan melalui sebuah kajian yang mana membaca buku sekurang-kurangnya enam minit sehari mampu meningkatkan daya intelektual, mengurangkan tekanan dan membuatkan tidur anda lebih nyenyak. Nanti cuba ok!
4. Kemas rumah!
Disebabkan anda memang banyak menghabiskan masa di rumah, apa kata cuba ubah suasana tempat tinggal anda. Membersihkan kediaman berupaya memperbaiki mood, meningkatkan konsentrasi dan mengurangi rasa stress. Tiga hal tersebut terbukti, berdasarkan pernyataan daripada Anxiety and Depression Association of America.
5. Meditasi
Bermeditasi membantu anda untuk lari sebentar daripada fikiran negatif dan melupakan bebanan hidup. Dipetik daripad Healthline, meditasi membuat kita lupa dengan rasa cemas, stress, bahkan depresi. Jika melakukannya secara berkala, meditasi dapat meningkatkan self-acceptance atau kemampuan dalam menerima diri sendiri.
Sumber: Cosmopolitan Indonesia
Sumber foto: Fernando @cferdo on Unsplash