Sunday, September 26, 2021

Zulin Aziz Dituduh Perli Siti Nordiana?

Penyanyi, Zulin Aziz meluahkan rasa kecewa kerana statement-nya disalah ertikan. Menerusi posting tersebut, Zulin menjelaskan ada pihak yang cuba memfitnah dirinya. Seakan-akan ada pihak...
More

    Terkini

    All Together Now Malaysia Bersiaran Malam Ini

    Program realiti ‘All Together Now Malaysia’ atau ‘ATNMY’ ialah sebuah pertandingan nyanyian yang terbuka kepada seluruh rakyat malaysia tanpa sebarang had umur.

    Penyertaan adalah terbuka secara solo, duo, trio ataupun berkumpulan. Barisan peserta juga bebas memilih genre muzik dan jenis bahasa untuk diketengahkan dalam lagu persembahan masing-masing.

    Program ‘ATNMY’ ini telah diadaptasi daripada format antarabangsa popular ‘All Together Now’ yang berasal dari United Kingdom terbitan BBC One.

    Program ini juga turut mencetuskan fenomena luar biasa di luar negara sehingga format tersebut telah diadaptasi semula di serata dunia termasuklah Australia, Rusia, Turki, Brazil, Norway, Colombia, Denmark, Finland, Perancis dan sebagainya.

    Malaysia merupakan negara ke-17 di dunia dan yang pertama di Asia Tenggara menerbitkan program ini untuk versi tempatan.

    ‘ATNMY’ masih mengekalkan format asal program tersebut. Namun begitu, terdapat pengisian elemen tempatan yang turut disuntik untuk menambah baik format asal agar bersesuaian dengan resam norma baharu, budaya dan sensitiviti rakyat Malaysia.

    Keunikan utama program ‘ATNMY’ yang dikendalikan oleh Sherry Al Hadad selaku ‘Hos’ ini terletak kepada jumlah bilangan juri profesional dan peserta yang cukup besar melibatkan seramai 50 juri tetap dan hampir 250 jumlah keseluruhan peserta untuk musim pertama.

    Mengangkat tagline ‘Bersatu Dengan Lagu’, penerbitan ‘ATNMY’ musim pertama turut memperkenalkan konsep muhibah menerusi pemilihan barisan juri serta menyaksikan penyertaan daripada masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

    Bakal diketuai oleh selebriti popular Dato’ AC Mizal selaku ‘Kapten Juri’, kesemua 50 juri yang telah dilantik adalah terdiri daripada barisan penggiat seni tersohor tanah air merangkumi pelbagai cabang seni yang berbeza seperti penyanyi, pelakon, pelawak, penyampai radio, pengacara, personaliti media sosial dan sebagainya.

    Antara peserta yang bakal mewarnai musim pertama termasuklah Zaki Yamani yang merupakan anak kepada legenda negara Jamal Abdillah, Najua P. Ramlee; cucu kepada seniman negara Allahyarham Tan Sri P Ramlee, komposer jingle & personaliti Tik Tok; Ajoi Zainal, penari & influencer; Baelon, penyanyi; Meer Nash, Kumpulan Pancit Sitaya yang memperjuangkan genre irama Malaysia & Dangdut.

    Seramai 24 peserta akan bertanding dalam setiap episod. Setiap peserta akan diberikan tempoh 90 saat untuk membuat persembahan masing-masing. Sekiranya juri suka dengan persembahan tersebut, mereka boleh mula memberikan markah kepada peserta sejurus selepas 30 saat pertama dengan menekan butang ‘buzzer’ yang disediakan lalu ikut berdiri dan menyanyi bersama-sama dari tempat masing-masing sebagai tanda sokongan.

    Juara ‘ATNMY’ musim pertama juga bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM50,000 beserta sebuah trofi. Program ini bakal bersiaran secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam bermula 6 Jun 2021. Ia juga boleh distrim menerusi Astro Go dan On Demand.

    Latest Posts

    Gosip

    Zarina Anjoulie Dan Zoey Rahman Bercinta?

    Sejak kebelakangan ini, selebriti kontroversi, Zarina Anjoulie dilihat agak akrab dengan pelakon dan usahawan berwajah jambu iaitu Zoey Rahman. Mereka berdua dilihat sering berbual bersama...

    Positif Ganja, Bekas Ratu Cantik Tumbuk Polis?

    Bekas ratu cantik negara ditahan oleh pihak berkuasa selepas menumbuk anggota polis dan merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan hari ini. Memetik laporan...

    Selebriti Wanita Popular Ditahan Polis, Sangkut Ujian Air Kencing?

    Selebriti media sosial yang dulunya seorang pelakon ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai, Negeri...

    Suhaimi Saad Letak Jawatan Sebagai Penyanyi Nasyid

    Selebriti kontroversi, Suhaimi Saad yang merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, In team hari ini mengumumkan meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid. Suhaimi telah membuat pengumuman itu...

    Sufie Nak Jual Audi Miliknya Kerana Terlalu Susah Jaga?

    Bagi yang mengikuti penyanyi kelahiran Singapura, Sufie Rashid, 30, di Instagram, pasti menyedari tentang pengumuman untuk menjual kereta jenis Audi S5 yang baru tiga...