Sunday, September 26, 2021

Zulin Aziz Dituduh Perli Siti Nordiana?

Penyanyi, Zulin Aziz meluahkan rasa kecewa kerana statement-nya disalah ertikan. Menerusi posting tersebut, Zulin menjelaskan ada pihak yang cuba memfitnah dirinya. Seakan-akan ada pihak...
More

    Terkini

    Aktiviti Penggambaran Dibenarkan, Tetapi Dengan Syarat…

    Bagi syarikat produksi drama, iklan dan dokumentari yang layak menjalani penggambaran luar studio di negeri berstatus Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) diingatkan untuk mematahui garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

    Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malasia (Finas), Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata, syarikat produksi mestilah melaksanakan penggambaran luar yang terasing, terhad dan terkawal mengikut Protokol Gelembung Penggambaran (PREP) di negeri Fasa Dua PPN.

    Ahmad Idham menambah, maklumat lanjut berkaitan garis panduan termasuk borang permohonan Surat Perakuan Penggambaran Filem Khas (SPP Khas) boleh didapati dalam laman sesawang Finas mulai semalam (Rabu).

    “Untuk tatacara permohonan dan soalan-soalan lazim berkaitan aktiviti penggambaran filem dengan syarat yang diperketatkan pada Fasa Dua PPN ini, boleh layari www.finas.my atau hubungi talian 03-4104 1300/1458/1360 (Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan) dan e-mel ke [email protected],” katanya dalam kenyataan semalam.

    Ahmad Idham berkata, kelonggaran itu diberikan dalam usaha bersepadu kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan Finas untuk memperkasakan aspek pengurusan, keselamatan, kesihatan dan pencegahan dalam aktiviti penggambaran bagi mengawal risiko jangkitan COVID-19.

    Katanya, Finas turut merakamkan ucapan penghargaan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah yang mendukung pelbagai strategi dan inisiatif termasuklah polisi baharu aktiviti penggambaran secara lebih sistematik, terkawal dan diperketatkan dalam tempoh pelaksanaan PPN.

    Pada 19 Julai lalu, kerajaan meluluskan kebenaran aktiviti penggambaran di luar studio dengan pematuhan SOP ketat pada Fasa Dua PPN.

    Sumber: Bernama menerusi Gempak
    Sumber foto: Brands&People on Unsplash

    Latest Posts

    Gosip

    Zarina Anjoulie Dan Zoey Rahman Bercinta?

    Sejak kebelakangan ini, selebriti kontroversi, Zarina Anjoulie dilihat agak akrab dengan pelakon dan usahawan berwajah jambu iaitu Zoey Rahman. Mereka berdua dilihat sering berbual bersama...

    Positif Ganja, Bekas Ratu Cantik Tumbuk Polis?

    Bekas ratu cantik negara ditahan oleh pihak berkuasa selepas menumbuk anggota polis dan merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan hari ini. Memetik laporan...

    Selebriti Wanita Popular Ditahan Polis, Sangkut Ujian Air Kencing?

    Selebriti media sosial yang dulunya seorang pelakon ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai, Negeri...

    Suhaimi Saad Letak Jawatan Sebagai Penyanyi Nasyid

    Selebriti kontroversi, Suhaimi Saad yang merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, In team hari ini mengumumkan meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid. Suhaimi telah membuat pengumuman itu...

    Sufie Nak Jual Audi Miliknya Kerana Terlalu Susah Jaga?

    Bagi yang mengikuti penyanyi kelahiran Singapura, Sufie Rashid, 30, di Instagram, pasti menyedari tentang pengumuman untuk menjual kereta jenis Audi S5 yang baru tiga...