Bagi anda yang mengikuti akaun rasmi Instagram pelakon Fasha Sandha, pasti anda sering lihat wajah bayi baru Fasha dan suaminya Aidil Aziz.
Fasha sering berkongsi gambar serta video anak ketiganya itu yang diberi nama Aisha Amaira yang kini berusia hampir 7 bulan.
Tidak dapat dinafikan wajah Aisha memang sangat comel dan sering mendapat pujian daripada netizen yang geram dengan kecomelannya.
Ramai netizen yang memuji Aisha adalah seorang bayi yang cantik biarpun masih kecil.
Ada juga netizen yang memuji wajah Aishah cantik dan putih gebu bak Snow White.
Untung Fasha Sandha dan Aidil Aziz kerana memilki zuriat yang sangat cantik dan disayangi ramai.
Semoga Aisha Amaira membesar sebagai seorang anak yang solehah.