Soojin memuat naik mesej peribadi dan menafikan semua tuduhan buli disekolah terhadapnya pada 22 Februari lalu.
Soojin mengaku pernah merokok beberapa kali pada masa lalu, tetapi menjelaskan bahawa dia telah berhenti sepenuhnya.
Dulu semasa saya dulu pelajar, saya selalu menjadi pusat perhatian. Jadi memang betul saya mempunyai pelbagai khabar angin negatif yang mengikut saya.
Ya, saya kadang-kadang memakai pakaian yang mungkin tidak sesuai dengan usia saya dan saya juga pernah merokok beberapa kali.
Tetapi saya masih muda dan mencari identiti pada masa itu. Sejak itu, saya berhenti dan tidak pernah merokok lagi.
Saya cuba menjadi orang yang lebih baik, tetapi saya tahu bahawa beberapa tindakan masa lalu saya telah menimbulkan masalah.
Dan saya tahu yang saya salahatas apa yang berlaku kepada saya sekarang.
Soojin menekankan bahawa dia tidak pernah buli rakan sekelasnya. Dia membantah semua tuduhan yang dibuat terhadapnya.
Sumber: Soompi