Penyanyi terkenal Indonesia, Afgan telah menyambut hari lahirnya dalam satu acara parti bertemakan Millennium tahun 2000.
Foto-foto di majlis hari jadi itu telah dikongsikan Afgan menerusi akaun Instagram rasminya.
Kelihatan di dalam gambar-gambar itu adalah teman-teman rapat Afgan seperti Rossa dan Bunga Citra Lestari.
Ramai netizen yang cemburu melihat keakraban Afgan dan Rossa yang kelihatan berpimpin tangan dalam foto tersebut.
Malah mereka juga dilihat memakai pakaian sedondon sehingga disamakan persis Britney Spears dan Justin Timberlake.
Happy Birthday Afgan! Semoga cepat-cepat naik pelamin ya!