Sunday, September 24, 2023

Zulin Aziz Dituduh Perli Siti Nordiana?

Penyanyi, Zulin Aziz meluahkan rasa kecewa kerana statement-nya disalah ertikan. Menerusi posting tersebut, Zulin menjelaskan ada pihak yang cuba memfitnah dirinya. Seakan-akan ada pihak...
More

    Terkini

    Adegan Berpelukan Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel Dalam Sabda Kekasih Undang Persoalan!

    Selepas lebih lima tahun berehat daripada dunia lakonan, kerinduan peminat Wawa Zainal bakal terubat selepas aktres cantik itu kembali di layar perak menerusi filem berjudul Sadba Kekasih.

    Filem yang berkisarkan kisah cinta romatik penuh tragedi itu menampilkan suami Wawa sendiri, Aeril Zafriel yang memegang watak utama. Sabda Kekasih merupakan karya pertama penerbitan produksi Aeril dan Wawa iaitu Respected Citizen Production.

    Janggal pula rasanya melihat Wawa di layar panggung, mungkin kerana terlalu lama berehat dari dunia seni. Tetapi pujian harus diberikan buat Wawa yang bagi OiJom, begitu komited menghidupkan watak yang bergelumang dengan air mata dan kesedihan.

    Ada satu babak yang bagi OiJom yang menimbulkan keraguan, dimana adegan Murni (Wawa Zainal) dan Bukhary (Aeril) yang berpelukan dan berguling mesra. Apatah lagi watak Murni dipotrait kan sebagai wanita sopan bertudung labuh.

    Apabila ditanyakan kepada Aeril dan Wawa, menurut mereka, Murni dan Bukhary terlalu dilamun cinta. Disinilah penonton boleh lihat bermulanya siri juraian air mata dan hampir gila, apabila satu kejadian yang tidak diduga berlaku sebelum sempat Murni dan Bukhary disatukan.

    Bagi OiJom, Sabda Kekasih membuktikan barisan pelakon yang minimal juga mampu menjadikan sebuah karya lebih ‘menjadi’. Menampilkan hanya lima watak utama, ia membuatkan filem ini lebih ‘fokus’ tanpa perlu menampilkan lambakan watak sampingan.

    Bercerita mengenai halangan yang dilalui sepanjang penggambaran, menurut Wawa, lokasi penggambaran adalah terhad. “Penggambaran dilakukan tahun lalu, selepas PKP. Jadi ada beberapa lokasi tidak membenarkan penggambaran filem dilakukan contohnya di hospital. Malah kalau ikutkan hati, kami juga mahu shooting di luar negara”, kata Wawa akur dengan keadaan semasa.

    Dalam pada itu, menurut wawa, dia tidak pernah berniat untuk terus berhenti berlakon sebaliknya dia lebih mementingkan durasi penggambaran. “Saya pun dah tak larat nak shooting sampai berbulan-bulan. Setakat beberapa hari mungkin boleh dipertimbangkan”, kataya.

    Menelan kos hampir RM 1 juta, Sabda Kekasih yang diarahkan oleh Zacc Azhari Zain menampilkan Wawa Zainal, Aeril Zafrel, Fauziah Nawi, Sabri Yunus dan Sharifah Husna. Sabda Kekasih akan mula ditayangkan di salarun 480 Astro First bermula hari ini, 24 Jun 2021.

    Artikel Berkaitan:

    Latest Posts

    Gosip

    Zarina Anjoulie Dan Zoey Rahman Bercinta?

    Sejak kebelakangan ini, selebriti kontroversi, Zarina Anjoulie dilihat agak akrab dengan pelakon dan usahawan berwajah jambu iaitu Zoey Rahman. Mereka berdua dilihat sering berbual bersama...

    Positif Ganja, Bekas Ratu Cantik Tumbuk Polis?

    Bekas ratu cantik negara ditahan oleh pihak berkuasa selepas menumbuk anggota polis dan merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan hari ini. Memetik laporan...

    Selebriti Wanita Popular Ditahan Polis, Sangkut Ujian Air Kencing?

    Selebriti media sosial yang dulunya seorang pelakon ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai, Negeri...

    Suhaimi Saad Letak Jawatan Sebagai Penyanyi Nasyid

    Selebriti kontroversi, Suhaimi Saad yang merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, In team hari ini mengumumkan meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid. Suhaimi telah membuat pengumuman itu...

    Sufie Nak Jual Audi Miliknya Kerana Terlalu Susah Jaga?

    Bagi yang mengikuti penyanyi kelahiran Singapura, Sufie Rashid, 30, di Instagram, pasti menyedari tentang pengumuman untuk menjual kereta jenis Audi S5 yang baru tiga...