Thursday, May 13, 2021

“Akhirnya.. Kan Senang Kalau Dari Awal PKP” – Nabila Huda

Hari ini kerajaan telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di seluruh Malaysia bermula 12 Mei 2021 ini. Perkara ini mendapat pelbagai...
More

    Terkini

    Syarikat Telekomunikasi Beri Panggilan Percuma Kepada Semua Mulai 10 Malam Ini Hingga 10 Pagi Esok

    Syarikat telekomunikasi tempatan akan menyediakan panggilan percuma ke semua rangkaian dalam negara mulai 10 malam ini hingga 10 pagi esok iaitu pada hari pertama...

    Kuih Raya Paling Popular Yang Boleh Didapati Di Setiap Rumah

    Tidak lengkap rasanya sambutan hari raya Aidilfitri jika tidak dihidangkan kuih raya di atas meja. Aneka kuih raya sama ada tradisonal mahupun moden, pasti menjadi...

    Lagu Raya Paling Popular Sepanjang Zaman

    Selamat Hari Raya (Puan Sri Saloma) - Lagu raya paling popular sepanjang zaman. Siapa sahaja yang tidak tahu mengenai lagu ini. Dari kanak-kanak sehinggalah...

    Selebriti Tempatan & Rakyat Malaysia Bersolidariti Menentang Kekejaman Israel

    Hari ini kelihatan di media sosial para selebriti tempatan dan rakyat Malaysia rata-ratanya menunjukkan sokongan terhadap Palestine dan mengutuk serangan Israel. Masing-masing memuatnaik poster...

    9 Pelakon K-drama Dengan Bayaran Tertinggi

    Kdrama atau drama dari Korea Selatan sememangnya menjadi fenomena di seluruh dunia sejak dari zaman Winter Sonata lagi.

    Tahun demi tahun, drama-drama dari Korea Selatan terus mendapat perhatian dari peminat di seluruh dunia.

    Ketampanan serta kejelitaan setiap pelakon Kdrama pastinya akan membuatkan setiap yang menonton menjadi gila bayang.

    Oijom senarai 9 pelakon Kdrama yang menerima bayaran tertinggi di Korea Selatan ;

    Photography by © Yeongjun Kim for Vogue Korea

    Kim Soo Hyun – Aktor berwajah ‘baby face’ ini merupakan pelakon yang menerima bayaran paling tinggi di Korea Selatan. Kim Soo Hyun menerima bayaran sebanyak RM 2.4 juta untuk setiap episod drama terbarunya, That Night. Nilai pelakon It’s Okay Not To Be Okay ini dikatakan melonjak naik selepas tamat dari latihan ketenteraan. Antara drama popular lain yang dibintangi Kim Soo Hyun ialah My Love From The Star.

    Jun Ji-Hyun – Namanya melonjak naik selepas membintangi My Sassy Girl pada tahun 2001. Kecantikan Jun Ji-Hyun dilihat seperti tidak dimamah usia. Selepas berehat panjang dari membintangi drama kerana menumpukan perhatian kepada filem, Nama Jun Ji-Hyun sekali lagi menjadi fenomena selepas dia membintangi siri My Love From The Star serta The Legend Of The Blue Sea. Jun Ji-Hyun menerima bayaran sebanyak RM500,000 untuk setiap episod drama yang dibintanginya menjadikan dia sebagai aktres yang menerima bayaran tertinggi di Korea Selatan.

    Hyun Bin – Wajah kacak serta tubuh tinggi lampainya menjadi kegilaan ramai wanita di seluruh dunia. Tahun lalu namanya kembali melonjak naik dek penangan drama popular Crash Landing On You yang disiarkan di Netflix. Hyun Bin mendapat bayaran sebanyak RM450,000 untuk setiap episod drama yang dibintanginya. Terbaru dia bakal membintangi sebuah filem yang dikhabarkan akan melonjakkan lagi namanya di peringkat antarabangsa.

    So Ji-Sub – Memulakan kerjaya lakonan sejak dari tahun 2002, namun itu tidak menjadi penghalang untuk aktor kacak ini terus mencipta populariti di usia 43 tahun. Selain popular di kaca televisyen, wajah So Ji-Sub juga sering enjadi pilihan untuk menghiasi layar lebar. So Ji-Sub menerima bayaran sebanyak RM360,000 untuk setiap episod drama yang dibintanginya. Antara drama yang menjadi fenomena ialah Oh My Venus serta filem Battleship Island.

    Jo In Sung – Siapa sahaja yang tidak akan jatuh cinta dengan pelakon yang satu ini. Memiliki wajah yang tampan serta tubuh tinggi lampai, Jo In Sung antara ‘oppa’ yang menjadi kegilaan ramai. Pernah menyepi seketika sewaktu menjalani latihan ketenteraan, namun comeback Jo In Sung menerusi drama That Winter The Wind Blows disamping aktres terkenal Song Hye Kyo kembali melonjakkan namanya. Jo In Sung menerima bayaran sebanyak RM360,000 untuk setiap episod drama yang dibintanginya.

    Lee Min Ho – Nama aktor ini ibarat sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Populariti yang diciptanya bukan calang-calang. Drama-drama yang dibintanginya sering menjadi fenomena seperti Boys Over Flower, The Heirs, Legend Of The Blue Sea dan banyak lagi. Malah Lee Min Ho juga merupaka pelakon K-Drama yang memiliki pengikut paling tinggi di Instagram dengan jumlah pengikut seramai 23.2 juta. Lee Min Ho menerima bayaran sebanyak RM336,000 untuk setiap episod drama yang dibintanginya.

    Song Joong Ki – Seorang lagi aktor kacak berwajah ‘baby face’ iaitu Song Joong Ki turut berada di dalam senarai pelakon yang menerima bayaran tertinggi di Korea Selatan. Namanya melonjak naik sehingga mencetuskan fenomena selepas membintangi drama hit, Decendants Of The Sun disamping aktres popular, Song Hye Kyo. Popularitinya terus mencanak naik selepas menjalin hubungan cinta bersama Song Hye Kyo dan seterusnya berkahwin pada tahun 2017. Namun pasnagan ini bercerai pada tahun 2019. Pada ketika ini drama lakonan Song Joong Ki berjudul Vincenzo sedang hangat ditayangkan di Netflix dan menadi fenomena di seluruh dunia. Song Joong Ki menerima bayaran sebanyak RM272,000 untuk setiap episod drama yang dibintanginya.

    Ji Chang Wook – Peminat baru K-Drama mungkin mengenali aktor kacak ini melalui drama hit Lovestruck In The City tetapi Ji Chang Wook telah lama menempa populariti sejak membintangi drama Empress Ki, Healer dan The K2. Terbaru dia akan membintangi sebuah drama terbitan China yang bertajuk Mr Right. Ji Chang Wook meerima bayaran sebanyak RM268,000 untuk setiap episod drama yang dibintanginya.

    Song Hye Kyo – Sering dilabel sebagai aktres tercantik di Korea Selatan, populariti Song Hye Kyo masih kekal utuh biarpun sudah mencecah usia 39 tahun. Nama Song Hye Kyo mula melonjak naik di seluruh Asia selepas dia membintangi drama popular Autumn In My Heart 20 tahun yang lalu. Antara drama-drama popular yang dibintangi Song Hye Kyo ialah Full House, All In, That Winter The Wind Blows, Decendants Of The Sun, dan Encounter. Dek wajahnya yang jelita, Song Hye Kyo sering menjadi pilihan jenama mewah antarabangsa untuk menjadi duta mereka. Song Hye Kyo menerima bayaran sebanyak RM226,000 untuk setiap episod drama yang dibintanginya.

    Sumber : Asia Tatler

    Foto : Vogue , Harper’s Bazaar, Elle, Marie Claire

    Latest Posts

    Syarikat Telekomunikasi Beri Panggilan Percuma Kepada Semua Mulai 10 Malam Ini Hingga 10 Pagi Esok

    Syarikat telekomunikasi tempatan akan menyediakan panggilan percuma ke semua rangkaian dalam negara mulai 10 malam ini hingga 10 pagi esok iaitu pada hari pertama...

    Kuih Raya Paling Popular Yang Boleh Didapati Di Setiap Rumah

    Tidak lengkap rasanya sambutan hari raya Aidilfitri jika tidak dihidangkan kuih raya di atas meja. Aneka kuih raya sama ada tradisonal mahupun moden, pasti menjadi...

    Lagu Raya Paling Popular Sepanjang Zaman

    Selamat Hari Raya (Puan Sri Saloma) - Lagu raya paling popular sepanjang zaman. Siapa sahaja yang tidak tahu mengenai lagu ini. Dari kanak-kanak sehinggalah...

    Selebriti Tempatan & Rakyat Malaysia Bersolidariti Menentang Kekejaman Israel

    Hari ini kelihatan di media sosial para selebriti tempatan dan rakyat Malaysia rata-ratanya menunjukkan sokongan terhadap Palestine dan mengutuk serangan Israel. Masing-masing memuatnaik poster...

    Gosip

    Giliran Nora Danish Pula Positif Covid-19, Kuarantin Diri Dalam Bilik

    Selepas aktres Tiz Zaqyah dilaporkan positif Covid-19, kini seorang lagi aktres popular, Nora Danish turut disahkan positif virus itu. Nora membuat pengumuman mengenai statusnya yang...

    Tiz Zaqyah Pula Positif Covid-19

    Seorang lagi selebriti tanah air telah dijangkiti wabak covid-19 iaitu aktres popular, Tiz Zaqyah. Tiz telah berkongsi tentang dirinya yang disahkan positif virus itu di...

    5 Selebriti Yang Pertama Kali Menyambut Hari Ibu

    Tahun ini Hari Ibu di Malaysia jatuh pada 9 Mei 2021. Hari Ibu di negara Kita dan beberapa negara lain di dunia disambut setiap...

    Suami Tasya Kamila Menghidap Kanser Limfoma

    Pelakon dari Indonesia, Tasya Kamila mendedahkan bahawa suaminya Randi Bachtiar kini sedang berjuang melawan penyakit kanser limfoma. Berita duka itu didedahkannya dalam satu hantaran...

    Scha Elinnea Beli Kereta Mercedes Benz Di Usia 21 Tahun

    Pelakon cantik dan seksi, Scha Elinnea berkongsi berita gembira mengenai dirinya yang berjaya membeli sebuah kerana Mercedes Benz di usia 21 tahun. Berita gembira itu...