Thursday, May 13, 2021

“Akhirnya.. Kan Senang Kalau Dari Awal PKP” – Nabila Huda

Hari ini kerajaan telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di seluruh Malaysia bermula 12 Mei 2021 ini. Perkara ini mendapat pelbagai...
More

    Terkini

    Syarikat Telekomunikasi Beri Panggilan Percuma Kepada Semua Mulai 10 Malam Ini Hingga 10 Pagi Esok

    Syarikat telekomunikasi tempatan akan menyediakan panggilan percuma ke semua rangkaian dalam negara mulai 10 malam ini hingga 10 pagi esok iaitu pada hari pertama...

    Kuih Raya Paling Popular Yang Boleh Didapati Di Setiap Rumah

    Tidak lengkap rasanya sambutan hari raya Aidilfitri jika tidak dihidangkan kuih raya di atas meja. Aneka kuih raya sama ada tradisonal mahupun moden, pasti menjadi...

    Lagu Raya Paling Popular Sepanjang Zaman

    Selamat Hari Raya (Puan Sri Saloma) - Lagu raya paling popular sepanjang zaman. Siapa sahaja yang tidak tahu mengenai lagu ini. Dari kanak-kanak sehinggalah...

    Selebriti Tempatan & Rakyat Malaysia Bersolidariti Menentang Kekejaman Israel

    Hari ini kelihatan di media sosial para selebriti tempatan dan rakyat Malaysia rata-ratanya menunjukkan sokongan terhadap Palestine dan mengutuk serangan Israel. Masing-masing memuatnaik poster...

    3 pelakon popular ini bermula sebagai penyanyi

    Masih ingatkah anda pada video kompilasi lagu-lagu yang dipertandingkan untuk Anugerah Juara Lagu Ke-35 yang viral baru-baru ini? Selain susunan muzik dan lantunan vokal yang mantap, video medley tersebut viral disebabkan ramai yang tidak tahu bahawa pelakon Hannah Delisha sebenarnya berkebolehan untuk menyanyi!

    Pelakon yang berasal dari Singapura itu sebenarnya memulakan karier seni sebagai seorang penyanyi terlebih dahulu sebelum terjun ke bidang lakonan. Tidak hanya Hannah Delisha seorang, malah ada beberapa lagi pelakon popular lain yang turut bermula sebagai pelantun suara sebelum melebarkan sayap ke bidang lakonan.

    Hannah Delisha

    Memulakan karier sebagai penyanyi menerusi kumpulan duo Delisha bersama adiknya, Mia Delisha, Hannah Delisha kemudiannya menghasilkan single solo pada 2015 berjudul Anugerah. Pada tahun berikutnya, Hannah mula terjun ke bidang lakonan dengan membintangi drama berjudul Farhana. Drama tersebut disiarkan di Singapura. Tahun berikutnya, Hannah mencipta nama di Malaysia dengan membintangi drama Mencintaimu Mr. Photographer.

    Aqasha

    Bakat Aqasha dalam bidang lakonan mula disedari sejak dia membintangi filem Embun pada 2002. Selepas kejayaan filem yang menggandingkannya dengan Umie Aida itu, rezeki Aqasha dalam bidang lakonan semakin murah dengan menerima banyak tawaran untuk membintangi filem dan drama. Namun, ramai yang tidak sedar bahawa permulaan kariernya diawali dengan album debut berjudul Cahaya Hati pada 2000. Aqasha juga pernah menyertai Gegar Vaganza Musim Ke-4.

    Ayda Jebat

    Keletah Ayda Jebat sewaktu membintangi drama bersiri cukup mencuit hati. Tentulah, lihat sahaja gelagatnya dalam Rindu Awak 200% dan Awak Sangat Nakal yang mendapat sambutan baik dalam kalangan penonton. Selain itu, kesungguhannya membawakan watak berat seperti dalam filem Pinjamkan Hatiku turut membuahkan hasil apabila dia menerima pencalonan bagi kategori Pelakon Wanita Harapan menerusi Festival Filem Malaysia Ke-30.

    Namun tidak ramai yang tahu penyanyi lagu Parah Parah itu sebenanya bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-9. Namun, disebabkan prestasi yang kurang memberansangkan, Ayda digugurkan daripada pertandingan dan digantikan dengan adiknya, Fina. Kini, Ayda bukan sahaja mampu berdiri setaraf dengan pelakon hebat lain, malah kerjaya nyanyiannya juga memutik cemerlang!

    Latest Posts

    Syarikat Telekomunikasi Beri Panggilan Percuma Kepada Semua Mulai 10 Malam Ini Hingga 10 Pagi Esok

    Syarikat telekomunikasi tempatan akan menyediakan panggilan percuma ke semua rangkaian dalam negara mulai 10 malam ini hingga 10 pagi esok iaitu pada hari pertama...

    Kuih Raya Paling Popular Yang Boleh Didapati Di Setiap Rumah

    Tidak lengkap rasanya sambutan hari raya Aidilfitri jika tidak dihidangkan kuih raya di atas meja. Aneka kuih raya sama ada tradisonal mahupun moden, pasti menjadi...

    Lagu Raya Paling Popular Sepanjang Zaman

    Selamat Hari Raya (Puan Sri Saloma) - Lagu raya paling popular sepanjang zaman. Siapa sahaja yang tidak tahu mengenai lagu ini. Dari kanak-kanak sehinggalah...

    Selebriti Tempatan & Rakyat Malaysia Bersolidariti Menentang Kekejaman Israel

    Hari ini kelihatan di media sosial para selebriti tempatan dan rakyat Malaysia rata-ratanya menunjukkan sokongan terhadap Palestine dan mengutuk serangan Israel. Masing-masing memuatnaik poster...

    Gosip

    Giliran Nora Danish Pula Positif Covid-19, Kuarantin Diri Dalam Bilik

    Selepas aktres Tiz Zaqyah dilaporkan positif Covid-19, kini seorang lagi aktres popular, Nora Danish turut disahkan positif virus itu. Nora membuat pengumuman mengenai statusnya yang...

    Tiz Zaqyah Pula Positif Covid-19

    Seorang lagi selebriti tanah air telah dijangkiti wabak covid-19 iaitu aktres popular, Tiz Zaqyah. Tiz telah berkongsi tentang dirinya yang disahkan positif virus itu di...

    5 Selebriti Yang Pertama Kali Menyambut Hari Ibu

    Tahun ini Hari Ibu di Malaysia jatuh pada 9 Mei 2021. Hari Ibu di negara Kita dan beberapa negara lain di dunia disambut setiap...

    Suami Tasya Kamila Menghidap Kanser Limfoma

    Pelakon dari Indonesia, Tasya Kamila mendedahkan bahawa suaminya Randi Bachtiar kini sedang berjuang melawan penyakit kanser limfoma. Berita duka itu didedahkannya dalam satu hantaran...

    Scha Elinnea Beli Kereta Mercedes Benz Di Usia 21 Tahun

    Pelakon cantik dan seksi, Scha Elinnea berkongsi berita gembira mengenai dirinya yang berjaya membeli sebuah kerana Mercedes Benz di usia 21 tahun. Berita gembira itu...