Monday, June 21, 2021

Arwah Nenek Dijangkiti COVID-19 Ketika Berada Di Hospital, Elfira Loy Akui Terkilan

Pelakon Elfira Loy berkongsi mengenai kisah di sebalik pemergian neneknya, Siti Rokiyah Saad di Instagram. Menerusi hantaran terkini yang dimuat naik, Elfira berkata, dia berasa...
More

    Terkini

    Konsert Virtual Def Jam SEA X COACH Satukan Fesyen Dan Muzik

    Coach mempersembahkan pengalaman konsert maya bersama Dej Jam SEA, sekaligus merupakan konsert maya pertama yang bakal diadakan di rantau Asia Tenggara. Acara konsert bakal...

    “Jangan Bandingkan I Dengan Lelaki Sampah” – Idris Khan

    Pelakon kacak ,Idris Khan meminta supaya salah seorang pengikutnya di Instagram supaya tidak membandingkannya dengan lelaki sampah. Menerusi ruangan' ask me question' di Insta Story,...

    Yunos Laith Bin Yusry , Nama Anak Ketiga Datin Lisa Surihani

    Umum mengetahui pelakon popular, datin Lisa Surihani telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 15 Jun yang lalu. Hari ini, Datin Lisa telah mengumumkan nama...

    Gaya Rambut Terbaru Arjun Rampal Bikin Ramai Jatuh Cinta

    Baru-baru ini pelakon kacak dari Bollywood iaitu Arjun rampal telah memuatnaik beberapa keping foto gaya rambut terbarunya. Arjun dilihat telah mewarnakan rambutnya daripada warna hitam...

    15 filem orginal Netlflix ini dikategorikan sebagai sangat teruk!

    Tidak dinafikan, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Netflix muncul sebagai salah satu platform penstriman popular dalam kalangan pengguna. Selain membawakan kandungan yang pernah ditayangkan di stesen televisyen, Netflix turut membangunkan kandungan mereka seperti filem, siri dan juga dokumentari.

    Namun, tidak semua filem yang ditampilkan di Netflix menerima maklum balas positif. Hal ini dapat dilihat menerusi peratus ulasan yang diberikan oleh Rotten Tomatoes, laman ulasan filem paling berpengaruh di Internet.

    Berikut merupakan 15 filem original Netflix yang menerima peratusan ulasan bermula 21 peratus sehingga kosong peratus.

    15. The Cloverfield Paradox (2018) – 21%

    Ketika ramai penonton memilih genre sci-fi, The Cloverfield Paradox dilihat sebagai sebuah filem yang mampu menjanjikan kepuasan yang agak tinggi. Tambahan pula, filem ini diterbitkan oleh J.J. Abrams, individu yang sama menerbitkan francais reboot Star Trek. J.J. Abrams juga bertanggungjawab di sebalik kewujudan siri popular seperti Alias, Lost dan Fringe.

    Menerusi filem The Cloverfield Paradox, J.J. Abrams mempertaruhkan idea yang membincangkan bumi boleh hilang daripada alam tanpa sebarang amaran. Namun, idea tersebut memerlukan banyak penerangan dan karakter yang diketengahkan pula tidak dibangunkan dengan betul. Ada juga yang mengatakan plot filem ini dirasakan berjalan terlalu cepat.

    14. Crouching Tiger, Hidden Dragon: Sword Of Destiny (2016) – 20%

    Merupakan sekuel kepada Crouching Tiger, Hidden Dragon yang berjaya meraih beberapa anugerah Academy, filem Crouching Tiger, Hidden Dragon: Sword of Destiny ini kembali menampilkan Tan Sri Michelle Yeoh sebagai pelakon utama.

    Sungguhpun adegan pertempuran yang ditampilkan dalam filem ini boleh dikatakan agak baik, namun, plot yang diketengahkan kurang memuaskan. Prestasi filem ini gagal untuk bersaing dengan filem pertama, sekaligus membuktikan bahawa filem Asia sukar untuk di bikin di Amerika Syarikat (AS).

    13. The Outsider (2018) 17%

    Filem yang dilakonkan oleh Jared Leto ini mengisahkan tentang tahanan perang daripada AS yang tinggal di Jepun dalam usahanya untuk bergelar anggota organisasi jenayah yakuza.

    Jika diteliti daripada plot, filem The Outsider mempunyai potensi untuk menjadi filem yang bagus. Namun, ulasan yang ditinggalkan di Rotan Tomatoes membuktikan sebaliknya. Selain filem yang disebut sebagai tawar dan tanpa perisa, lakonan Jared juga dikatakan ‘kosong’.

    12. The Kissing Booth (2018) 17%

    Bagi penggemar karya komedi romantik, pasti anda mencari filem-filem santai yang bukan sahaja menarik tetapi menghiburkan. Namun, sila pertimbangkan pilihan lain sebelum anda memilih untuk menonton The Kissing Booth.

    Menurut pengkritik filem, The Kissing Booth hanyalah sekadar sebuah filem komedi romantik biasa yang menampilkan klise-klise yang pernah kita dengar dan lihat sebelum ini.

    11. Special Correspondents (2016) 17%

    Filem original terbitan Netflix lakonan Ricky Gervais ini merupakan salah satu kandungan yang menerima ulasan yang kurang memberansangkan. Special Correspondents berkisar tentang dua lelaki yang bercadang untuk memalsukan penculikan mereka ketika bertugas di Amerika Selatan.

    Walaupun ada dalam kalangan penonton yang menggemari filem ini, namun, ia masih menerima ulasan yang teruk dalam kalangan pengkritik filem di Rotten Tomatoes.

    10. A Fall From Grace (2020) 16%

    A Fall from Grace merupakan filem original Netflix karya sutradara popular Tyler Perry. Sungguhpun mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan penggemar, namun, filem ini hanya menerima ulasan sebanyak 16% menerusi Rotten Tomatoes.

    9. Sextuplets (2019) 14%

    Sesuai dengan judulnya, filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Alan Daniels (lakonan Marlon Wayans) yang bakal bergelar bapa. Begitupun dia baru menyedari yang sebenarnya, dia mempunya lima beradik kembar lain.

    Selain watak Alan, Marlon juga membawakan lima lagi watak kembarnya. Sungguhpun Marlon memberikan komitmen yang cukup besar, namun, pengkritik tidak berpuas hati dengan prestasi Sextuplets sehingga ada yang mendakwa menonton filem ini sebagai membuang masa.

    8. The Open House (2018) 13%

    The Open House merupakan filem seram yang berkisar tentang seorang ibu (lakonan Piercey Dalton) dan anaknya (Dylan Minnette) yang baru berpindah ke sebuah kediaman untuk diselia sebelum ia dijual kepada pembeli berpotensi.

    Bagaimanapun, setiap kali mereka mengadakan hari terbuka untuk bakal pembeli melihat rumah yang ingin dijual itu, pasti akan ada perkara pelik berlaku pada malam hari. Menurut pengkritik, filem tersebut menjadi semakin teruk saat watak penjahat didedahkan.

    7. The Do-Over (2016) 9%

    Sungguhpun premis bagi filem The Do-Over pernah diguna pakai sebelum ini, namun, ia mungkin dapat ditutup apabila melihat barisan pelakon seperti Adam Sandler, David Spade dan Paula Patton. Namun, pelakon-pelakon ini tidak mampu untuk memperbaiki kekurangan dalam The Do-Over.

    Menerusi filem ini, Adam dan David membawakan watak dua lelaki yang ingin memalsukan kematian mereka. Namun, seperti yang sudah dijangka, keputusan mereka membawa ‘malapetaka’ dan huru-hara – begitu juga ulasan yang ditinggalkan oleh pengkritik filem.

    6. The Last Thing He Wanted (2020) 5%

    Apabila bercakap mengenai pelakon berpengaruh, filem orginal Netflix ini mempunyai segalanya. Diterajui oleh Anne Hathaway dan Ben Affleck, The Last Thing He Wanted turut menampilkan Willem Dafoe dan Rosie Perez. Filem ini mengisahkan tentang seorang wartawan yang mengambil risiko membantu ayahnya menyeludup senjata api.

    Plotnya kedengaran kukuh, tetapi pengkritik mendapati filem ini bercelaru dan mengecewakan.

    5. Naked (2017) 0%

    Naked merupakan sebuah filem yang berkisarkan tentang watak utamanya yang terpaksa berdepan dengan pengulangan waktu sehingga dia mencari sebab dan cara untuk menghentikan pengulangan waktu berkenaan.

    4. The Last Days Of American Crime (2020) 0%

    Filem aksi ini menerima ulasan sebanyak 0 peratus menerusi Rotten Tomatoes. Ia berkisarkan tentang sekumpulan karakter yang merancang untuk melakukan rompakan. Tidak seperti filem bergenre jenayah lain, filem ini tidak memberi fokus pada aksi.

    Selain itu, filem ini juga berdurasi 2jam 30 minit, dan ia dikategorikan sebagai terlalu lama untuk mengetengahkan plot dan jalan cerita.

    3. The Ridiculous 6 (2015) 0%

    Sungguhpun filem ini dibarisi oleh pelakon-pelakon popular iaitu Adam Sandler, Rob Schneider, Luke Wilson, Spade, Steve Buscemi, Danny Trejo, dan Blake Shelton, namum The Ridiculous 6 masih gagal untuk meraih pujian pengkritik.

    2. The True Memoirs Of An International Assassin (2016) 0%

    Menerusi filem ini, Kevin James membawakan watak seorang penulis novel yang disalah anggap sebagai seorang pembunuh. Sungguhpun plotnya agak menarik, namun pengkritik menyifatkan filem ini sebagai tidak kelakar dan tidak menarik.

    1. Father Of The Year (2018) 0%

    Bagaimana filem ini boleh dikategorikan sebagai salah satu filem yang teruk dan mendapat 1 peratus ulasan? Menurut Rotten Tomatoes, penonton akan melupakan filem ini sebelum selesai menontonnya.

    Sumber: ScreenRant

    Latest Posts

    Konsert Virtual Def Jam SEA X COACH Satukan Fesyen Dan Muzik

    Coach mempersembahkan pengalaman konsert maya bersama Dej Jam SEA, sekaligus merupakan konsert maya pertama yang bakal diadakan di rantau Asia Tenggara. Acara konsert bakal...

    “Jangan Bandingkan I Dengan Lelaki Sampah” – Idris Khan

    Pelakon kacak ,Idris Khan meminta supaya salah seorang pengikutnya di Instagram supaya tidak membandingkannya dengan lelaki sampah. Menerusi ruangan' ask me question' di Insta Story,...

    Cha Eun Woo Dan Shin Sung Rok Ucap Selamat Tinggal Pada Master In The House

    Pelakon terkenal Korea Selatan iaitu Cha Eun Woo dan Shin Sung Rok telah mengucapkan selamat tinggal kepada rancangan popular, Master In The House....

    Israel Bersedia Jalin Hubungan Dengan Malaysia, Indonesia & Brunei

    Umum mengetahui bahawa Malaysia dan Israel tidak pernah menjalin sebarang hubungan diplomatik. Malah Malaysia juga tidak pernah mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara. Kekejaman yang dilakukan...

    Gosip

    Suhaimi Saad Letak Jawatan Sebagai Penyanyi Nasyid

    Selebriti kontroversi, Suhaimi Saad yang merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, In team hari ini mengumumkan meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid. Suhaimi telah membuat pengumuman itu...

    Sufie Nak Jual Audi Miliknya Kerana Terlalu Susah Jaga?

    Bagi yang mengikuti penyanyi kelahiran Singapura, Sufie Rashid, 30, di Instagram, pasti menyedari tentang pengumuman untuk menjual kereta jenis Audi S5 yang baru tiga...

    Dini Hadiahkan Janna Vespa Berharga RM17,000?

    Bertuah betul Janna Nick ya! Ketika meraikan ulang tahun yang ke-26 semalam, Janna menerima kejutan daripada kekasihnya, Dini Schatzmann. Menerusi video yang dimuat naik, Dini...

    Nabila Huda Kasihan Lihat Pelakon Instafamous Dicerca

    Sejak kebelakangan ini, isu pengambilan selebriti media sosial atau Instafamous sebagai pelakon hangat diperkatakan. Baik netizen mahupun penggiat seni, masing-masing punya pendapat mengenai trend...

    Afgan Sambut Hari Jadi Bertemakan Millennium

    Penyanyi terkenal Indonesia, Afgan telah menyambut hari lahirnya dalam satu acara parti bertemakan Millennium tahun 2000. Foto-foto di majlis hari jadi itu telah dikongsikan...